Amanah mahu guna pengaruh Husam tarik ahli PAS di Kelantan...Muka Yang Tak Tahu MAluuuuu Lah

SHAH ALAM: Parti Amanah akan menawarkan satu jawatan yang sesuai dan setaraf dengan kebolehan serta pengalaman yang dimiliki Datuk Husam Musa.

Menurut Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub, Amanah akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada pada ADUN Salor itu terutamanya dalam membawa pengaruh kepada negeri pimpinan PAS, Kelantan.

Tawaran itu timbul selepas bekas naib presiden PAS menyertai Amanah semalam.

"Saya rasa dalam masa terdekat kita akan bincang tentang kedudukan beliau. Sudah pasti beliau akan diberikan satu peranan setaraf dengan kebolehan dan pengalaman serta wibawa beliau," katanya kepada Antarapos.

Selain itu, katanya peranan dan tugas bekas Naib Presiden PAS itu belum ditentukan dan satu mesyuarat akan diadakan di peringkat kepimpinan Amanah mengenai hal itu.

"Itu akan kami bincangkan dalam masa terdekat, kerana peranan dia dan kedudukan beliau adalah sesuatu yang telah kita sediakan. Apabila beliau memberikan isyarat beberapa bulan lalu untuk sertai Amanah dan semalam baru sah.

Awal hari ini, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata parti itu langsung tidak terjejas dengan tindakan Husam yang menyertai parti Amanah.

Ujarnya, kehadiran Husam dalam Amanah bukanlah kayu pengukur kepada kekuatan parti itu dan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang akan menghakimi sejauh mana Amanah mampu berdiri.

Merujuk kenyataan itu, Salahuddin berkata kehadiran Husam dalam Amanah merupakan satu lonjakan besar yang akan memberikan impak kepada Amanah di Kelantan.

"Saya tidak terkejut dengan ucapan itu tapi bagi kami kehadiran Husam ke dalam Amanah di atas kerelaan beliau sendiri merupakan satu lonjakan besar yang akan memberikan impak politik di Kelantan," katanya.

Husam bertindak menyertai Amanah selepas dipecat daripada PAS April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana