Akhirnya Husam Dedahkan Wajah Sebenar

KETIKA Bekas naib presiden PAS merangkap ADUN Salor Datuk Husam Musa berada dalam PAS, beliau menjadi duri dalam daging. Beberapa tindakan melampau beliau telah menyebabkan Husam dipecat dari PAS.
Beliau dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu selepas sering mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob yang juga timbalan mursyidul am.
Wajah-wajah sebenar Husam mula semakin jelas apabila beliau dipecat dari PAS. Husam dan Chang, iaitu bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohammad memfailkan saman tindakan perwakilan beberapa minggu lalu bagi menuntut ganti rugi terhadap wang yang kononnya dicuri daripada 1MDB dan mendapatkan semula hartanah dan aset lain yang dibeli dengan dana yang kononnya diselewengkan.
Untuk makluman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan kewujudan wang syarikat itu yang dicuri. Ironinya pihak pembangkang tetap menggunakan isu tersebut untuk memberikan gambaran buruk berkenaan 1MDB dan kerajaan Barisan Nasional.
Kini Husam dikatakan akan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) malam ini. Beberapa pemimpin PAN seolah-olah mengesahkan perkara itu, yang akan diumumkan dalam acara di Cyberjaya malam ini.
Menurut beberapa penganalisis politik, PAN yang didalangi oleh DAP telah ditubuhkan untuk membawa suara DAP dalam memecahbelahkan orang Melayu dan menganggugugat martabat Islam sebagai agama rasmi negara.
Sekiranya Husam benar-benar menyertai PAN malam ini, bermakna perjuangan beliau dalam PAS selama ini penuh dengan hipokrasi semata-mata. Beliau dilihat lebih mengutamakan kepentingan politik peribadi.
Mungkinkah Husam akan mengantikan Mat Sabu sebagai presiden PAN memandangkan Mat Sabu dilihat gagal mengalas tugas untuk memimpin PAN dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Pilihan Raya kecil Sungai Besar?
Menurut sumber, Husam dijangka diberikan peranan besar membantu gerak kerja PAN di peringkat nasional dan negeri. Acara malam ini bukan yang pertama kali buat Husam di pentas PAN. Beliau merupakan antara sekumpulan besar kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015, yang kemudian membentuk PAN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana