Usul SELCAT siasat isu Paya Indah Wetlands: Saya tak tahu, kata Azmin...MB Besar Tak Tahu?

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata beliau tidak tahu menahu mengenai usul menyiasat salah laku membabitkan Paya Indah Wetlands dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) oleh pegawai khas seorang exco Selangor.

Usul yang dikemukakan oleh Abdul Razak Ismail, pegawai khas exco Selangor Datuk Teng Chang Khim, itu meminta SELCAT supaya menyiasat isu salah guna kuasa melibatkan lot tanah Paya Indah Wetlands.

"Tanya Datuk Teng. Saya tidak ada maklumat. Itu pekerja Datuk Teng.

"(Adakah) akan ambil tindakan terhadap Razak? Tidak ada. Kena tanya Datuk Teng apa tindakan yang dia perlu ambil," katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran LRT3 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Stadium Malawati, di sini.

Azmin sebelum ini berkata keputusan untuk mengadakan sesi penerangan awam oleh SELCAT diserahkan kepada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh.

Jumaat lalu, Abdul Razak telah menyerahkan laporan isu tanah Paya Indah Wetlands kepada SELCAT untuk siasatan lanjut.

Dalam laporan itu, Abdul Razak mendedahkan ada berlakunya salah laku dalam kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Berikutan itu beliau berkata mendapat arahan supaya tidak mengulas lanjut perkara berkenaan.

Terdahulu, pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, berkata beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) skandal mengenai pertukaran status tanah di Paya Indah Wetlands, pada Jumaat ini.

Chegubard mendakwa tanah Lot 68054 seluas 619 hektar di Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat ditukar statusnya daripada kawasan hijau kepada pembangunan pada 2015.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana