Tun M: Pencuri yang terpekik menuduh orang lain mencuri untuk melepaskan diri sendiri.

SATU LAGI “KAMBING HITAM” AKIBAT ARAHAN MAHATHIR BERI KELULUSAN PINJAMAN KEPADA EVERISE CAPITAL SDN BHD MILIK REPCO LOW

1. Akhirnya Datuk Ismail Zakaria bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Bank era Mahathir didapati bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 dan  Mahkamah Tinggi 19 Ogos menjatuhkan hukuman denda RM600,000.

2.  Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman, berkata hukuman denda itu adalah selepas mengambil kira keadaan fizikal dan mental responden (Ismail) yang kurang memuaskan selepas menghidapi penyakit angin ahmar. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM150,000 atau 10 bulan penjara bagi setiap pertuduhan terhadap Ismail yang hadir berkerusi roda di mahkamah.

3. Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan Ismail daripada empat pertuduhan itu.

4. Pada 12 September 2011, Ismail dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada empat pertuduhan bertindak di luar bidang kuasanya meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta kepada syarikat  Everise Capital Sdn Bhd anak syarikat Repco Capital milik proksi Mahathir, Low Thiam Hock antara 20 September 1997, dan 21 Oktober 1997. ( Pinjaman berperingkat RM59 juta, RM50 juta, RM40 juta dan RM26 juta)

5.  Pertuduhan mengikut Seksyen 65(1) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM5 juta, atau kedua-duanya.

6. Ismail  Zakaria meletakkan jawatannya selepas Sime Bank yang merupakan antara empat bank terkemuka negara pada ketika itu mencatatkan kerugian RM1.81 bilion sebelum cukai bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 1997.

7. Kerugian itu disebabkan pemberian beberapa pinjaman saham bernilai ratusan juta ringgit dan ekoran itu memerlukan suntikan modal lebih RM1.2 bilion untuk membolehkannya terus beroperasi.

8. Kerugian bank tersebut dilaporkan selepas satu tahun diambil alih oleh Sime Darby Bhd. Bank berkenaan sebelum ini dikenali sebagai United Malayan Banking Corporation (UMBC).

9. Ismail pernah menjawat Ketua Eksekutif RHB DCB Bank dan Pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) sebelum berkhidmat di Sime Bank, malah turut pernah disebut-sebut dilantik sebagai Gabenor Bank Negara.

10. Itulah kuasa magik Mahathir. Wahyu Mahathir yang berkuasa ketika itu. Siapa berani untuk tidak meluluskan arahan Mahathir untuk memberi pinjaman kepada syarikat taikun atau proksi Mahathir? Beranikah Datuk Ismail Zakaria tidak meluluskan pinjam syarikat milik Repco Low RM175 juta itu jika ia arahan?

11. Itulah Mahathir, kroni dan proksi kaya raya, ambil komisen berjuta dari penjualan bank UMBC kepada Sime Darby Berhad, luluskan pinjaman bank tapi pegawai yang meluluskan dana bank jadi “Kambing Hitam”. Hebat! bravo!

Itulah Mahathir!…dia tetap dengan kepentingannya. Siapa Next?
Jeneral M

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana