Takut Hilang Kuasa “Kini anak angkat Dr Mahathir nak pecat saya”

  Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin tidak akan kecewa sekiranya beliau dikenakan tindakan dipecat daripada PKR berikutan didakwa melanggar disiplin parti dan dilarang menjalankan aktiviti atas nama parti itu.

Badrul HishamBagaimanapun Badrul Hisham atau dikenali sebagai che’GuBard, masih tidak boleh mengesahkan status pemecatannya berikutan terdapat beberapa keraguan dan kesahihan berhubung pemecatan beliau.

“Minggu depan kita akan jawab isu pecat atau tidak pecat ini sebab saya akan kembali semula kepada pimpinan parti untuk mendapatkan kepastian dalam masa terdekat,” kata beliau kepada media di Putrajaya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebelum membuat laporan berhubung isu skandal tanah Lot 68054 Paya Indah Wetlands kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ketika ditanya jika keputusan PKR memecat beliau adalah disebabkan oleh pendedahan isu tanah lot berkenaan kepada SPRM, che’GuBard berkata beliau tidak akan kecewa kerana beliau berkata benar.

“Bagi saya mudah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat kerana bercakap benar dan dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya bercakap benar melawan bagi hak kepentingan orang ramai dan saya dipecat atas usaha anak angkat Mahathir Mohamad, bagi saya tidak pernah kecewa untuk terus bercakap benar,” katanya.

Badrul Hisham 4Hari ini, telah tersebar di laman social berhubung surat pemecatan che’GuBard bertarikh 26 Ogos 2016 telah dikeluarkan Ibu Pejabat PKR yang ditandatangani Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Surat itu antara lain menyatakan Jawatankuasa Lembaga Disiplin PKR yang bermesyuarat pada 4 Ogos lalu membuat keputusan memecat beliau mengikut Fasal 41.7 Perlembagaan parti.

Ia berikutan tindakan yang dikatakan telah ‘menjejaskan’ imej dan memecah-belahkan parti seterusnya ingkar dengan arahan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana