Tak sampai 100 mahasiswa sertai demo... jadi alat pembangkang

Perhati betul-betul gambar-gambar ini... tengok kumpulan 'mahasiswa tua' yang terlibat dalam demonstrasi TangkapMO1 di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Faktanya hanya kurang dari 100 mahasiswa yang hadir demonstrasi TangkapMO1 dan selebihnya adalah ahli parti politik termasuk Angkatan Muda PKR dan Pemuda Sosialis DAP.

Kalau teliti gambar-gambar yang diambil... ramai pemimpin pembangkang pun hadir, dan nama mahasiswa hanyalah sebagai 'pemanis kata' sahaja.

Hakikatnya demo pada Sabtu lalu adalah anjuran pembangkang.

Menurut Exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah terdapat segelintir golongan mahasiswa diperalatkan pembangkang dalam demonstrasi tersebut.

Katanya apa yang berlaku menunjukkan mahasiswa hanya sekadar menjadi “tukang sorak” serta “tukang pegang mikrofon dan sepanduk”.

“Sekali lagi pemimpin Pakatan menggunakan gerakan mahasiswa sebagai keldai politik mereka,” katanya.

Armand berkata, perkara itu dapat dinilai berdasarkan ucapan pemimpin pembangkang dan NGO serta individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan pembangkang, seperti BERSIH.

“Mereka inilah manusia-manusia penghasut yang selalu musnahkan masa hadapan anak muda kerana terhasut dengan mereka.

“Berapa ramai anak muda yang dibuang daripada universiti kerana kerakusan politik penghasut-penghasut anak muda ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Armand berkata, beliau menghormati idealisme orang muda tetapi menurutnya ia harus berprinsip serta berfakta.

“Orang muda harus matang dan bijak dalam perjuangan hala tuju negara ke arah mencapai negara maju tidak lama lagi,” katanya.

Demonstrasi tangkap MO1 Sabtu lepas, dimana menyaksikan hanya 1,000 orang sahaja yang hadir, memberi gambaran bahawa demonstrasi Bersih 5.0 yang lebih besar dirancang pembangkang, turut akan menemui kegagalan yang sama.

Ini kerana bukan lagi rahsia bahawa demonstrasi Sabtu lepas adalah ujikaji pembangkang untuk melihat sejauh mana Bersih 5.0 (menggunakan motif yang sama) akan mendapat sambutan.
Kalau yang ini pun gagal menarik minat rakyat, apatah lagi Bersih 5.0 yang buat pertama kali ‘lari’ dari motif tradisi penganjurannya sejak 2007 –pilihanraya yang adil dan bersih.

Dalam masa yang sama, kegagalan demonstrasi Sabtu lepas juga membuktikan rakyat sudah muak dan jelak dengan segala cerita karut marut mengenai 1MDB dan duit syarikat itu yang kononnya disonglap orang.

Dengan 1MDB sendiri tidak mengadu ada sejumlah duitnya yang hilang disamping pelbagai sesi penerangan yang telah diberikan antara lain oleh CEO 1MDB sendiri, Arul Kandasamy, rakyat semakin sedar bahawa semua polemik berkaitan syarikat itu, hanyalah satu mitos politik semata-mata.

Maka tidak hairan kenapa tema Tangkap MO1 yang diekstrak dari saman sivil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berhubung dakwaan konon ada wang 1MDB yang dicuri ini, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan pembangkang.

Marina Chin, telah hadir sendiri dalam demo Sabtu lepas. Dia sendiri merasakan kegagalan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana