Sultan Johor murka Dr Mahathir pertikai konsep ‘Bangsa Johor’…

Sultan Johor nampaknya agak murka pada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa konsep ‘ Bangsa Johor’ mengugat perpaduan dikalangan rakyat dan boleh cetus kemungkinan negeri itu keluar dari Malaysia.

Dalam titah yang tegas baginda anggap bekas Perdana Menteri itu tidak tahu apa yang beliau cakap.

Khamis,baginda dilapor oleh Star Online sebagai bertitah Dr Mahathir tidak layak bercakap mengenai perpaduan.

“Beliau yang ke sana sini memecah belahkan rakyat termasuk orang Melayu sementara saya menyatukan semua kaum termasuk orang Melayu,”titah baginda.

Reaksi Sultan Johor ini adalah ekoran kenyataan bekas Perdana Menteri itu semasa menjawab soalan di siri dialog Perdana, Rabu.

Dr Mahathir menyifatkan konsep ‘Bangsa Johor’ adalah tidak sihat kerana ia boleh menyebabkan rakyat di sebuah negeri merasa mereka lebih hebat dari yang lain dan semua orang sepatutnya anggap diri sebagai rakyat Malaysia dan tidak dikenali dari negeri mana asal mereka.

Beliau dakwa jika setiap negeri hendak mengasingkan diri maka Malaysia akan roboh.

Konsep ‘Bangsa Johor’ kebelakangan ini kerap dibawa oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sultan Johor bertitah harus faham bahawa semua negeri ada kebangaan tersendiri tetapi ini tidak bermakna mereka akan meninggalkan Malaysia.

“Beliau jolok sarang tebuan dan nasihat saya kepadanya tutup mulut,”titah baginda lagi.

Sultan Johor menyorot mengenai reputasi Dr Mahathir sebagai seorang yang suka berkonfrantasi cetus perpecahan terutama dalam dasar luar.

“Dia bergaduh dengan ramai pemimpin dunia termasuk jiran kita Singapura dan letak Malaysia dalam keadaan tidak selesa,”titah baginda.

“Tun Mahathir ialah penyebab masalah dalam negara sekarang.Beliau tiada hak untuk campurtangan dalam negeri saya.Saya tidak boleh bertoleransi dengan hal ini,”titah baginda.

Sambil mempertahankan konsep ‘ Bangsa Johor’ ,Sultan Johor bertitah konsep itu sudah wujud sebelum bekas Perdana Menteri itu dilahirkan.

Menurut baginda kenyataan Dr Mahathir itu mengambarkan beliau tidak tahu langsung sejarah Johor.

Baginda bertitah konsep yang dibawa oleha Sultan Sir Ibrahim pada tahun 1920 yang mahu Bangsa Johor bersatu bawah satu bendera demi memperkukuhkan kerjasama dan harmoni kalangan semua kaum,terbukti betul.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana