Srikandi Mahathir Akhirnya Memalukan Diri Sendiri

Kegilaan musuh kerajaan terutamanya terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kadang kala sukar untuk difahami. Adakalanya, mereka sanggup bertindak dengan pelbagai cara termasuk menyebarkan fitnah terhadap Perdana Menteri, asalkan kemahuan dan dendam mereka dapat dilaksanakan. Namun, ada jua yang dilihat seperti tidak keruan apabila kedudukan mereka tidak menentu dan boleh dipertikaikan.

Inilah yang terjadi kepada seorang bekas ahli UMNO yang menggelarkan dirinya srikandi atau pahlawan Tun Dr Mahathir, Anina Saaduddin. Jika sebelum ini dia begitu bersungguh-sungguh mahu menyaman Datuk Seri Mohd Najib dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur, akhirnya semalam, dia telah menarik balik semua saman yang dia kemukakan.

Alasannya, cukup pelik dan ganjil. Dia mengatakan, saman ini dikemukan semasa dia masih menjadi ahli UMNO dan andai diteruskan, dia kini bukan lagi ahli UMNO. Walaupun prosiding samannya sudah pun bermula, Namun dia enggan meneruskan proses ini. Pengumuman Anina tersebut dibuat di firma guaman Tetuan Haniff Khatri, di Kota Damansara semalam.

Menurut Anina, dia sekarang bersama parti baharu dan perjuangan dia telah melalui fasa baharu yang lebih serius. Ujarnya, dia mahu memastikan parti Najib (UMNO) tumbang pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Untuk rujukan, dia kini telah dilantik dalam protem pendaftaran Pertubuhan Peribumi Bersatu Malaysia sebagai Ketua Wanita parti baru berkenaan.

Menurut Anina, langkah menarik balik saman tersebut termasuklah menghentikan kesemua tindakan yang wujud sama ada ada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, mahupun Mahkamah Tinggi berhubung isu yang berbangkit ketika zaman keahliannya dalam UMNO.

Sebelum ini, dia telah memfailkan 3 kes terhadap UMNO iaitu saman berhubung dengan pengembalian wang derma RM2.6 bilion kepada UMNO, pemecatan keahlian Anina yang kini rujuk pada Mahkamah Persekutuan dan permohonan untuk kebenaran merayu kepada mahkamah persekutuan telah ditetapkan pada 14 September 2016.

Ketiga, kes di Mahkamah tinggi yang baru difailkan selepas keputusan mahkamah rayuan berhubung rayuan terhadap pemecatan tersebut, iaitu permohonan untuk deklarasi membatalkan kesahihan Seksyen 18 (C ) Akta Pertubuhan 1966. Mahkamah telah menetapkan tarikh 22 Oktober 2016 untuk permohonan pihak responden membatalkan permohonan tersebut.

Timbul satu persoalan, bukankah Anina telah memfailkan kes samannya setelah dia dipecat daripada UMNO? Ini yang menimbulkan keraguan kerana sebelum ini, Anina bersama Datuk Seri Khairuddin pernah berkata, mereka akan meneruskan tindakan saman ini tanpa mengira apa jua situasi sehinggalah mereka memperoleh kemenangan secara mutlak.

Malah, jika dinilai dari segi moral, tindakan Anina ini bolehlah disifatkan sebagai menghina Mahkamah dan undang-undang, setelah dua tawaran yang dibuat oleh mahkamah untuk menyelesaikan kesnya ini diluar mahkamah. Pada waktu itu, kedegilannya bersama-sama Khairuddin dan Tun M telah membawa kepada perbicaraan kes ini.

Adakah Anina sendiri tidak yakin mampu untuk memenangi kes-kesnya ini? Jika mengikut daripada kenyataan medianya, tindakan yang dia lakukan ini turut mengheret sama dua lagi rakan subahatnya iaitu Khairuddin dan Tun M. Oleh yang demikian, Anina, Khairuddin dan Tun M sekali lagi menipu dan berbohong dengan kenyataan-kenyataannya sebelum ini yang memfitnah Datuk Seri Mohd Najib dengan pelbagai tuduhan yang tidak sepatutnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana