Skandal tanah Paya Indah: Laporan SPRM Jumaat ini...

NGO pro pembangkang Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal pertukaran status tanah di Paya Indah Wetland, Jumaat ini.
Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin berkata, laporan akan dibuat di pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 3 petang.

Sebelum itu, katanya, SAMM bersama sekutunya yang membentuk pasukan khas isu #skandalAzmin68054 akan melancarkan buku berkaitan isu berkenaan di pekarangan pejabat SPRM.

Jelas beliau, buku itu mengandungi 85 peratus dokumen bukti berkaitan, fakta dan kronologi penyalahgunaan kuasa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sejak mengambil alih pentadbiran Selangor.

"Buku ini akan disasarkan kepada pegawai kerajaan, kepimpinan Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR dan rakyat Selangor," katanya pada sidang media di Dewan Restoran Amjal.

Ditanya kenapa SAMM memberi tempoh tujuh hari kepada Mohamed Azmin dan pentingnya menyediakan buku itu, beliau berkata, pihaknya sengaja mahu mengingatkan beberapa isu seperti aduan rasuah seks dalam pejabat Menteri Besar sebagaimana didedahkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

"Apa kesudahannya? Adakah Rafizi membuat aduan kosong atau aduan disapu di bawah karpet?," soal beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana