Siapa Maria Chin Untuk Jamin Keselamatan Awam?

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah tidak boleh jamin keselamatan orang awam, kata Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang hari ini.

Selepas menawarkan sebuah stadium untuk penganjuran Bersih 5, Keng Liang sekali lagi membantah tunjuk perasaan diadakan di jalanan, dengan alasan ia menjejaskan keselamatan awam.

“Hanya perlukan seorang untuk cetuskan masalah, dan huru hara akan berlaku. Maria (Chin) selalu guna himpunan Bersih lepas sebagai contoh; tetapi bagaimana dengan 2012?” kata Keng Liang di sidang media di ibu pejabat Gerakan hari ini.

Beliau menjelaskan Pemuda Gerakan bukan sahaja bantu cari stadium, tetapi juga sudi kumpul penaja supaya Bersih 2.0 boleh adakan tunjuk perasaan secara percuma.

“Tidak ada alasan ia tidak boleh diadakan di stadium,” kata Keng Liang.

Beliau pertikaikan niat Bersih 2.0 menganjurkan himpunan di jalanan kota Kuala Lumpur, menyoal adakah Bersih 2.0 berniat untuk mencetuskan huru hara.

“Saya tak peduli apa niat kamu, saya tak peduli apa matlamat kamu. Lagipun matlamat Bersih berubah setiap tahun.

“Keutamaan kita adalah menjaga keselamatan awam. Maria selalu kata ia akan berlangsung aman, tetapi orang ramai terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, perniagaan tak dibuka, pelancong berkurangan dan sebagainya.

“Siapa Maria Chin untuk jamin keselamatan awam?”” kata Keng Liang.

Beliau menambah Pemuda Gerakan akan melakukan perkara yang sama untuk Himpunan Baju Merah, dan menegaskan pihaknya tidak akan menyebelahi mana-mana kumpulan.

“Jika ‘baju merah’ mahu tunjuk perasaan, kita akan taja mereka juga; tetapi di stadium lain supaya tidak berlaku kekecohan dan keganasan,” kata Keng Liang.

Minggu lepas, Maria tolak tawaran Gerakan untuk membantu menganjurkan Bersih 5 di stadium, atas alasan menyekat penunjuk perasaan di satu-satu kawasan adalah tidak wajar.

“Protes adalah penunjukan perasaan. Mereka patut dibolehkan untuk protes di mana sahaja. Saya fikir tidak wajar untuk meminta mereka berdemo di stadium, bawah bumbung dan seterusnya,” katanya.

Keng Liang sanggah kenyataan Maria itu. Beliau menyoal adakah Maria bentangkan cadangan itu kepada seluruh anggota pertubuhan Bersih 2.0, atau membuat keputusan bersendirian.

“Saya harap beliau bentang cadangan ini kepada 60 lebih badan bukan kerajaan yang didakwa menyertai gabungan itu. Bersih bukan Maria seorang sahaja,” kata Keng Liang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana