PRIBUMI akan ‘dikudakan’ untuk pecahkan Melayu...Janji Matlamat Dan Kroni Tercapai...Melayu Kita Perlu Sedar Dan Bangkit

Cadangan PKR supaya PRIBUMI untuk bertanding dikawasan bukan kubu kuat mereka sebaliknya di kawasan majoriti penyokong UMNO mengesahkan parti itu ditubuhkan semata-mata untuk memecah-belahkan pengundi kaum Melayu.

Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun NarrashidAhli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid menyifatkan cadangan PKR itu sudah jelas lagi bersuluh bahawa PRIBUMI hanya sekadar menjadi kuda kepada pembangkang dan membuktikan parti pembangkang kini sendiri sudah lemah kerana tidak mampu untuk menembusi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Terima kasih kepada semua pengundi-pengundi d Parlimen Kota Tinggi kerana menjadikan P156 sebagai kubu kuat BN. Keputusan menang cemerlang kesemua Pilihan Raya Umum (13 kali) sejak merdeka adalah buktinya. Pembangkang pun mengakuinya.

“Tetapi kini pembangkang kudakan parti jelmaan PRIBUMI untuk ‘pecahkan’ perpaduan Melayu, ini bermakna pembangkang pun cuak dan ngeri dengan parti-parti kudaan mereka.

“Apa yang pasti, usaha menangkan BN di Parlimen Kota Tinggi dan semua Parlimen lain tidak bermusim malah berterusan dan beristiqomah. Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Terdahulu, media melaporkan PKR bersedia untuk menyerahkan kawasan yang kalah ditandingi PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kepada PRIBUMI yang dinaungi bekas pemimpin UMNO.

Kata Naib Presiden PKR Tian Chua, kesediaan melepaskan kerusi milik parti itu merupakan bukti PKR komited untuk bekerjasama dengan parti berasaskan perkauman.

“Takkanlah kerjasama kita tak berkongsi kerusi. Kalau tidak, kita tak katakan kerjasama. Kita kena rasional,” ujarnya.

Namun jelas Chua lagi, kawasan yang diberikan itu bagaimanapun bukan kawasan yang merupakan kubu kuat PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana