Penduduk Kecoh Ular Tedung Menjalar Di Tingkap Flat

BUKIT MERTAJAM: Penduduk pangsapuri empat tingkat dekat sini cemas apabila seekor ular tedung dijumpai menjalar keluar dari tingkap di tingkat tiga blok berkenaan.

"Ular sepanjang dua meter itu menjalar keluar dari tingkap di tingkat tiga. Kami terus hubungi penjinak ular dan dia yang tangkap ular berkenaan dan memasukkannya ke dalam guni," kata seorang ahli perniagaan, Shaharudin Ahmad, 46, yang merupakan penduduk di rumah pangsa Taman Pauh Jaya.

Reptilia itu dipercayai digunakan dalam pertunjukkan yang disimpan di tingkat tiga blok pangsapuri berkenaan telah terlepas dari sangkar pada Isnin.

Bagaimanapun, pemilik ular berkenaan gagal dihubungi dan pintu flat juga berkunci.

Penduduk yang menjumpai ular ketika ia sedang menjalar pada dinding luar kediaman berkenaan segera memaklumkan penghuni lain untuk keluar dari rumah mereka.

Selepas berkumpul di luar blok berkenaan, mereka mendapati ular itu menuju ke tingkat dua melalui tingkap di blok berkenaan.

"Kami mula mengarahkan orang ramai untuk keluar dari rumah mereka. Semua orang berkumpul bagi menunggu pihak yang pakar untuk menangkap ular itu, "kata Shaharudin ketika ditemui di tempat kejadian.

Gambar serta video ular berkenaan turut direkod dan dikongsi di media sosial.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika dihubungi berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Pulau Pinang (Perhilitan), Loo Kean Seong berkata, mereka akan memutuskan sama ada ular itu akan disimpan unit berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana