Pandangan Ku Li Berasas, Masih Ingatkah Lagi Tragedi Sepang?

Kemuncak berpolitik, dalam konteks sebuah parti adalah di mana kedudukan parti itu selepas pilihanraya diadakan. Suka tidak suka, akhirnya rakyat juga yang akan membuat keputusan untuk memilih siapa yang layak untuk mentadbir negara. Begitulah amalan demokrasi di negara ini, yang terbukti berdasarkan sistem pilihanraya yang telus dan adil.

Nasihat orang lama, yang sudah terbiasa dengan sepak terajang politik seperti Ku Li tidak boleh dipandang enteng dan sebelah mata. Apatah lagi, beliau juga pernah berada bersama-sama Tun Mahathir di dalam parti dan kerajaan suatu ketika dahulu.

Ku Li tentu tahu bahawa Tun Mahathir masih mempunyai pengaruh di kalangan rakyat, di samping watak utama seperti Muhyiddin Yassin. Sedikit sebanyak, pasti mereka juga mempunyai pengikut-pengikut yang taksub.

Strategi Parti Pribumi jelas, iaitu “mengacau” kerusi-kerusi yang sebelum ini menjadi milik UMNO, khususnya di kawasan dimenangi oleh Barisan Nasional dengan majoriti tipis. Penulis berpendapat, mereka tidak akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi UMNO, kerana perlu juga menjaga hubungan dengan parti pembangkang lain.

Mungkin mereka akan mengadakan tahaluf siyasi bersama PAS, dengan meletakkan calon mereka di kerusi yang turut ditandingi oleh PAS. Harapannya adalah untuk mencuri undi UMNO, lantas menjadi punca kekalahan UMNO di kawasan itu. Boleh jadi benar, begitulah strateginya, kecuali kerusi untuk anak Tun Mahathir yang mungkin akan diletakkan di kerusi selesa untuk menang, se selesa menaiki jet dari Kedah ke Kuala Lumpur. Mungkin juga terpakai sama untuk Muhyiddin jika beliau bertanding nanti.

Sejarah terukir dan terpahat di dalam memori kedukaan Barisan Nasional dan UMNO, apabila Parlimen Sepang menjadi saksi pada PRU yang lepas, bagaimana “warlord” UMNO Selangor yang dikenali sebagai Zin Badak, tumbang menyembah bumi apabila undi UMNO terbahagi diantara dirinya dan calon bebas, iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

Tercabut ego dan keangkuhan Zin Badak, yang sebelum itu mewar-warkan tahap keyakinan yang tinggi, bahawa dirinya akan menang dengan culaan kemenangan majoriti tinggi.

Pandangan Ku Li wajar diberi perhatian serius oleh pimpinan Barisan Nasional, khususnya UMNO dalam mencari cara dan metodologi untuk menangani ancaman Parti Pribumi sekaligus mengelakkan tragedi Sepang berulang kembali.

Jangan terpedaya dengan keyakinan yang tiada berasas, dan jangan terbuai dilambung pujian. Jangan sombong, jangan bongkak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana