Naib Ketua Pemuda PAN ‘Terduduk’ Apabila Mahkamah Hukum Penjara Lapan Bulan

Daripada seorang anak muda yang dilihat gagah perkasa seperti seekor singa nan kelaparan, kini Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar seolah-olah menikus seperti kucing selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhi hukuman penjara lapan bulan terhadapnya kerana kesalahan menghasut dalam program #KitaLawan membela dan menuntut pembebasan Anwar Ibrahim di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, tahun lalu.

“Alhamdulillah jam 3.50 pm tadi selesai urusan jaminan..terima kasih kepada yang sudi hadir memberi sokongan dan yang sudi menyumbang untuk wang jaminan.

“Sekarang dalam perjalanan ke Padang Terap, Kedah untuk program ceramah di sana . Mohon doa keselamatan. Maaf lewat update..,” katanya dalam Facebook lewat petang tadi.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Shamsudin Abdullah dalam penghakimannya berkata mahkamah menjatuhkan hukuman itu sebagai pengajaran kepada tertuduh (Mohd. Fakhrulrazi) supaya tidak mengulangi perbuatan menghasut untuk mengugat keselamatan negara.

“Hukuman adalah untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan mereka yang cenderung melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang dan mengambil kira kepentingan awam agar keselamatan tidak tergugat.

“Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan berkuat kuasa hari ini,” kata hakim Shamsudin.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap Mohd Fakhrulrazi, 38, sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dan menaikkan wang jaminan daripada RM1,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pada 8 September 2015, Mohd Fakhrulrazi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut berhubung pembebasan Anwar Ibrahim dalam siri protes jalanan #KitaLawan di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 4.30 petang, 21 Februari tahun tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhd Ilmami Ahmad menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan memohon supaya pasport OKS (Orang Kena Saman) diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Noorazmir Zakaria, mewakili Mohd Fakhrulrazi membantah permohonan pendakwaan supaya pasport OKS diserahkan kepada mahkamah dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama ketika dipanggil memberi keterangan di balai polis dan hadir secara sukarela di mahkamah.

Mengenai jumlah jaminan yang ditawarkan oleh pendakwaan, Noorazmir berkata kesalahan yang dihadapi anak guamnya tidak melibatkan kesalahan jenayah seperti merompak dan sebagainya yang memerlukan jumlah jaminan tinggi.

“OKS (Mohd Fakhrulrazi) yang merupakan penceramah bebas hanya memperoleh pendapatan berdasarkan sumbangan sukarela daripada pihak yang menjemputnya untuk memberikan ceramah dan dalam kes ini jaminan sebanyak RM1,000 adalah memadai,” katanya.

Mahkamah membenarkan permohonan peguam Mohd Fakhrulrazi untuk diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

Pada 26 Mei 2016, Mohd Fakhrulrazi diperintahkan mahkamah supaya membela diri atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut dalam siri protes jalanan KitaLawan itu.

Hakim Shamsudin Abdullah membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Beliau memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa tertuduh ada menyebut perkataan menghasut ketika memberi ceramah.

“Pendakwaan mengemukakan lima saksi sepanjang perbicaraan. Selepas membuat penilaian maksimum terhadap semua dokumen dan hujahan, mahkamah mendapati pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh mematuhi Seksyen 152 hingga 155 Kanun Acara Jenayah dan tidak kabur atau cacat.

“Mahkamah juga mendapati tertuduh ada menyebut kata-kata yang mempunyai kecenderungan menghasut. Oleh itu mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri,” katanya.

Pada 21 Februari 2015, Mohd Fakhrulrazi ketika berucap dalam program #KitaLawan di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 4.30 petang dengan lantang menuduh mahkamah diperalatkan kerajaan Barisan Nasional memenjarakan Anwar untuk mematikan karier politik Ketua Umum PKR itu.

Anwar tidak bersalah, kata Mohd Fakhrulrazi dan dakwaan-dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar adalah fitnah semata-mata, justeru itu dia menuntut pembebasan Anwar daripada penjara.

Dakwaan Mohd Fakhrulrazi itu berlawanan dengan fakta kes ketika Anwar menghadapi pertuduhan liwat di mahkamah, di mana Ketua Umum PKR itu gagal mengemukakan bukti bahawa dia tidak tidak bersalah apabila tidak mahu memberi keterangan secara bersumpah di mahkamah, iaitu keterangan dari kandang saksi yang bebas disoal balas oleh pihak pendakwa, sebaliknya memilih keterangan tanpa bersumpah dari kandang tertuduh, yang menghalang pihak pendakwa menyoal balas Anwar; gagal mengemukakan saksi alibi, yang membuktikan dia tiada di tempat kejadian pada masa, tarikh dan tempat yang dipertuduh dan enggan memberi kerjasama untuk memberikan sampel darah miliknya secara sukarela bagi membuktikan bahawa penemuan air mani di dalam dubur mangsa liwat bukan miliknya.

Anwar juga dilihat tidak bersedia untuk menjawab pertuduhan itu di mahkamah apabila kes itu berlangsung dalam jangka masa panjang yang melibatkan sekurang-kurangnya 69 kali penangguhan yang kebanyakannya dibuat oleh pihak Anwar.

Dalam ceramah di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 4.30 petang itu, Mohd Fakhrulrazi dilihat melakukan pelbagai cubaan menghasut termasuklah menuduh sistem kehakiman Malaysia telah rosak dan menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai pembunuh kepada Altantuya Shaariibuu.

Mohd Fakhrulrazi juga dilihat mempersendakan agama apabila membuat perbandingan dengan mengatakan ‘yang baik semuanya datang dari Allah Taala dan yang buruk semuanya datang dari Najib dan Rosmah. ‘

Ketika membuat tuduhan itu Mohd Fakhrulrazi merupakan Bendahari Dewan Pemuda PAS pusat di bawah kepimpinan Ketua Pemuda PAS Pusat ketika itu, Suhaizan Kaiat yang sekarang ini merupakan Setiausaha Organisasi PAN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana