Mahathir Suka Mengundang Masalah...Lihatlah Rakyat Malaysia Yang Sokong MADEY Tu

KITA sering diingatkan agar tidak campurtangan dalam perkara yang bukan bidang kuasa kita. Namun bagi sesetengah pihak, perkara tersebut dijadikan keutamaan.  Bak kata pepatah ” jaga tepi kain orang, kain sendiri koyak tak nampak”.

Mahathir telah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Banyak tindakan beliau yang telah menguris hati ramai pihak terutamanya Majlis Raja-Raja. Setelah beliau bersara dari jawatan Perdana Menteri, Mahathir dilihat masih cuba untuk menguris hati Raja Melayu.

Kali ini, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pula menjadi mangsa keceluparan Mahathir yang dilihat angkuh kononnya beliau “lebih pandai” dari semua orang sedangkan pada usia 91 tahun, sepatutnya Mahathir sedar bahawa beliau tidak akan mampu melawan lumrah alam bahawa kebijaksanaan beliau makin pudar.

Dalam satu forum semalam, Mahathir mendakwa bahawa semangat kebangsaan Johor adalah tidak sihat bagi Malaysia dan memberi amaran yang ianya boleh membawa keruntuhan persekutuan.

Para penganalisis politik berpendapat, Mahathir telah melangkaui sempadan yang sepatutnya. Sebelum ini beliau secara terbuka membuat gerakan untuk mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  Kini beliau “cari pasal” pula dengan kesultanan Johor. Mungkin betul lah dakwaan sesetengah pihak bahawa Mahathir sudah nyanyuk.

Baginda Sultan Johor bertitah yang Mahathir tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenai perpaduan kerana beliau merupakan individu konfrontasi yang telah menyebabkan banyak perpecahan. Mahathir adalah punca kepada banyak masalah di negara ini. Oleh itu, Mahathir tidak mempunyai hak untuk campur tangan di Johor.

Selain daripada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin turut membidas kenyataan Mahathir. Pendirian Khaled selari dengan pandangan DYMM Sultan Johor berhubung perkara ini.

Berdasarkan kenyataan media MB Johor tersebut:-

Pertama, kebangkitan nasionalisme Johor, dalam apa cara sekalipun, tidak bertujuan untuk menjurus kepada perpisahan daripada Persekutuan Malaysia.

Kedua, Bangsa Johor adalah satu identiti politik Johor yang menjurus kepada perpaduan dan sikap muhibah. Ia menyeru kepada muafakat pelbagai kaum. Malah ia menjadi matan yang menyatukan segala kerencaman bangsa, agama dan keturunan di bawah satu identiti kenegerian yang bersandarkan kepada keharmonian, persefahaman dan toleransi.

Ketiga, Bangsa Johor yang bersatu padu, maju,harmoni dan berada dalam keadaan terbaik bukan sahaja akan menjadikan Johor dan masyarakatnya lebih baik. Malah ia akan menjadikan Malaysia dan masyarakatnya juga lebih baik. Ia dengan sendirinya akan mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan. Negeri-negeri yang kuat, dengan masyarakat yang kuat akan membentuk persekutuan yang kuat.

Keempat, nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor adalah identiti unik yang telah lama sebati dengan Johor dan amalan masyarakatnya. Seawal 1920-an apabila DYMM Almarhum Sultan Sir Ibrahim memperkenal dan menggunakan istilah tersebut. Ini bermakna, penggunaan Bangsa Johor sudah wujud lebih awal dari kemerdekaan dan kewujudan Malaysia.

Kelima, terimalah kebangkitan nasionalisme Johor dan Bangsa Johor ini sebagai sebahagian dari kepelbagaian dan kerencaman Malaysia. Malaysia mempunyai pelbagai cerita dan pelbagai cerita terbaik. Kemajmukan inilah yang menjadikan Malaysia kuat dan istimewa.

Nampaknya, menjelang di penghujung usia Mahathir, beliau telah meletakkan diri sebagai “Bapa Perpecahan Bangsa”. Sepatutnya Mahathir menggunakan sisa-sisa umur yang ada untuk bersama keluarga dan beribadat kepada Allah s.w.t sebagai bekalan di akhirat kelak. Sayang seribu kali sayang, beliau mempersiakan usia yang ada.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana