Mahathir Punca Masalah Di Malaysia – Sultan Johor

SEPANJANG 22 tahun pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau banyak menimbulkan masalah kepada Malaysia di dalam dan di luar negara. Walaupun kini beliau telah “bersara” namun kecenderungan untuk “cari pasal” masih lagi berlanjutan.

Baru-baru ini, Sultan Ibrahim Iskandar yang merupakan sultan Johor telah bertitah kepada Mahathir agar menutup mulut dari membuat sebarang kenyataan liar mengenai konsep ‘Bangsa Johor’.

Dalam satu forum semalam, Mahathir mendakwa bahawa semangat kebangsaan Johor adalah tidak sihat bagi Malaysia dan boleh membawa keruntuhan persekutuan.

“Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Dr Mahathir. Beliau kacau sarang tebuan dan nasihat saya kepada beliau adalah menutup mulutnya.

“Dia memecahbelahkan rakyat, termasuk orang Melayu, semasa saya sedang menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, termasuk orang Melayu,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda menambah bahawa Mahathir tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenai perpaduan, sebagai individu konfrontasi yang telah menyebabkan perpecahan.

“Sekarang Mahathir adalah punca kepada masalah di negara ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan perangai beliau.”

Kita amat maklum bahawa Mahathir kini dalam misi untuk mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha untuk meletakkan anak beliau Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Tindakan beliau yang amat tidak bertanggungjawab tersebut telah mencetuskan pergolakan politik dalam negara dimana kita melihat kem pembangkang telah mengambil kesempatan atas sikap kerakusan kuasa Mahathir ini.

Namun ketamakan kuasa politik tersebut, sedikit sebanyak telah dapat membuka mata orang Melayu yang tidak taksub terhadap beliau bahawa gerakan perpecahan bangsa Melayu yang sedang dilakukan oleh mahathir bersama pembangkang akhirnya akan merugikan bangsa Melayu, agama Islam dan negara kita.

Apa yang pasti, Mahathir sememangnya menjadi punca masalah di Malaysia. Beliau cuba menganggu gugat pentadbiran negara di bawah Perdana Menteri kita yang sedang berusaha dengan gigih untuk membawa negara ke arah kemajuan yang lebih pesat dalam situasi ekonomi dunia yang makin membimbangkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana