Kenyataan Marina buka ruang pihak lain persenda Islam....MADEY Patut Sedarkan ANaknya Tu Dulu

BANGI, Rabu – Kenyataan aktivis hak asasi manusia, Marina Mahathir yang mempertahankan rapper kontroversi, Namewee boleh membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk mempersendakan agama Islam.

Membidas perkara itu, Ketua Penerangan Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof Madya Dr Rafidah Hanim berkata, kemungkinan Marina tidak memahami nilai menghormati masjid seperti yang diajar melalui seruan Rasulullah S.A.W.

“Marina Mahathir secara semberono telah menuduh Muslimin dan Muslimat yang patuh pada kewajipan beragama, yang melazimi masjid dan surau untuk beribadat dan menuntut ilmu, yang mengambil Islam sebagai cara hidup mereka, sebagai mereka yang punya banyak masa untuk tersinggung.

“Marina barangkali tidak faham nilai menghormati masjid yang dipaparkan melalui seruan Rasulullah SAW agar kita menunaikan solat tahiyatul masjid (penghormatan masjid).

“Adakah beliau merestui, sedikit demi sedikit, kebebasan ala-Charlie Hebdo bertapak di Malaysia?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Dr Rafidah berkata, tidak wajar ruangan solat dan tempat ibadat umat Islam dijadikan lokasi untuk menghasilkan muzik video Namewee mempromosikan fahaman pluralisme yang bertentangan dengan Islam.

“Sewajarnya Marina menggunakan pengaruh beliau untuk menasihati Namawee mengenai betapa rapatnya Muslim dengan institusi masjid dan betapa tinggi penghormatan kita dalam perkara ibadat.

“Betapa masjid itu institusi kesatuan Islam yang tidak terpisah daripada kehidupan kita sehari-hari. Sewajarnya beliau menggunakan pengalaman beliau untuk menasihati bahawa ada pelbagai lagi kaedah untuk memupuk muhibah masyarakat, bukan dengan kaedah provokatif dan persendaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Marina seperti dilaporkan sebuah portal liberal sebelum ini yang menyifatkan tindakan polis menahan Namewee adalah melampau dan mungkin didorong oleh keperluan untuk memuaskan hati umat Islam yang tersinggung dengan tindakan artis tersebut.
“Hanya kerana orang (umat Islam) yang tersinggung, ia tidak bermakna bahawa ia adalah satu jenayah,” kata Marina.
Namewee dan beberapa individu lain sebelum ini mengundang kecaman umat Islam apabila aksi mereka menyanyi rap dan menari dalam sebuah masjid di Pulau Pinang tersebar melalui sebuah video klip baru-baru ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana