KATA PERHIMPUNAN AMAN, TAPI PENGANJUR YANG MULAKAN PROVOKASI

Walaupun para mahasiswa yang mengetuai himpunan haram #TangkapMO1 berkali-kali mengingatkan peserta jangan melakukan provokasi atau terpengaruh dengan provokasi pihak luar, mereka sebenarnya yang melakukan provokasi ketika tiba di Dataran Merdeka.

Apabila kumpulan yang berkumpul di Masjid Negara tiba di kawasan Dataran Merdeka, mereka tanpa menghiraukan pengguna jalan raya dan pemandu lain dengan selamba menghalang jalan berkenaan sehingga menyebabkan ia tidak dapat dilalui.

Mereka katakan ia satu perhimpunan aman tapi perbuatan itu ialah satu provokasi kerana mencetuskan kemarahan orang lain pengguna jalan raya yang tiada kena mengena dengan mereka.

Berapa ramai keluarga dan orang yang hanya menggunakan jalan raya telah terhalang perjalanan mereka dan gagal sampai ke destinasi mengikut perancangan mereka.

Mereka patut bersyukur pihak polis tidak bertindak menahan dan mendesak mereka bersurai kerana mereka sudah pun ingkar larangan polis tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di kawasan berkenaan.

Pada mulanya, mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka tetapi ia ditutup dan dihadang dengan penghadang besi memandangkan Dataran Merdeka akan digunakan untuk perarakan sambutan Hari Kemerdekaan 2016, 31 Ogos ini.

Perhimpunan yang menurut mereka aman itu juga dipenuhi dengan kata-kata hasutan kepada orang ramai termasuk anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan.

Program haram #TangkapMO1 itu dianjurkan oleh kumpulan mahasiswa dengan diketuai oleh seorang pelajar perempuan Anis Syafiqah yang lantang mengutuk dan memburuk-burukkan kerajaan.

Mereka mula berkumpul di Masjid Negara pada pukul 2 petang sebelum bergerak berjalan kaki ke Dataran Merdeka kira-kira setengah jam selepas itu.

Walaupun, mereka mendakwa perhimpunan itu dibuat atas nama mahasiswa tetapi yang hadir kebanyakannya pemimpin pembangkang yang memburuk-burukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perhimpunan itu.

– pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana