Isu pendirian hudud, mustahil PAS, PRIBUMI dapat berunding

 Penghalang besar kepada rundingan antara PAS dan PRIBUMI adalah isu membabitkan pendirian undang-undang hudud, memandangkan diketahui umum peneraju parti serpihan itu Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang penentang kuat undang-undang Islam itu.

Muhyiddin BersatuTidak perlu dibincangkan lagi mengenai hasil rundingan kerana sudah diketahui hasilnya ia akan ‘gagal.

Jika Dr Mahathir boleh berkeras dengan pendiriannya untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga sanggup meninggalkan parti sendiri, masakan isu hudud ini pula.

PAS sepatutnya meletak syarat lebih awal kepada Dr Mahathir berhubung isu hudud, terima undang-undang Islam itu atau tutup pintu rundingan dengan PRIBUMI.

Sekiranya tidak meletak syarat sedemikian, dibimbangi selepas ini Dr Mahathir hanya akan mempergunakan parti Islam itu untuk kepentingan peribadi, bahkan semasa era pentadbirannya hudud gagal dilaksanakan kerana sikap bekas perdana menteri itu.

Semalam, PAS berkata akan menilai dasar PRIBUMI sebelum bersetuju untuk mengadakan kerjasama atau rundingan pembahagian kerusi pada pilihan raya umum ke-14.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata setakat ini, PAS masih tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti yang diterajui Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

“PAS menunggu pendaftaran parti baharu itu selesai dahulu. Tengok polisi parti sejauh mana yang boleh untuk kita bekerjasama atau tidak,” katanya.

Mungkin dilihat ada sinar harapan dengan kenyataan Tuan Ibrahim, namun kata putus adalah di tangan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi mungkin tidak mahu pisang berbuah dua kali jika terus terperangkap dengan permainan politik Dr Mahathir yang diketahui sememangnya licik.

Lebih-lebih lagi dengan PRIBUMI yang dilihat mesra Parti Amanah Negara (PAN), sebuah parti serpihan PAS, pastinya langkah untuk berunding bukan jalan terbaik melainkan PAS sedia melupakan dosa dilakukan oleh bekas pemimpinnya yang menubuhkan parti serpihan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana