ISA: Tun M berbohong sebab mahu kerjasama dengan pembangkang

Penafian Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu menandatangani surat penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)adalah satu pembohongan semata-mata kerana sedang menjalinkan hubungan dengan pembangkang terutama DAP.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman  berkata Dr Mahathir cuba membersihkan namanya berhubung isu berkenaan dengan mengalihkan tanggungjawab tersebut kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.

tunmlksBeliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, alasan mantan Perdana Menteri itu tidak boleh diterima kerana hanya Menteri Dalam Negeri yang berkuasa mengeluarkan arahan penahanan tersebut.

Katanya, Tun Mahathir adalah menteri bertanggungjawab ketika itu dan tindakan beliau baru-baru ini cuba mengalihkan tanggungjawab berkenaan kepada Megat Junid adalah tidak adil.

“Saya seorang tahanan ISA untuk disoal siasat pada 1987 ketika Operasi Lalang dan saya yakin Dr Mahathir yang mengeluarkan arahan untuk penahanan itu.

“Sebagai tahanan, saya diberitahu selagi Menteri Dalam Negeri tidak menandatangani surat perintah bebas dalam tempoh 60 hari, saya tidak boleh dibebaskan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan perwakilan Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru, di Georgetown hari ini.

Datuk Seri Tajuddin Abdul RahmanSehubungan itu, Tajuddin berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membuka fail lama mereka bagi memberi pengesahan kepada isu tersebut sekiranya perkara itu berlarutan.

“Kesemua persoalan akan terjawab sekiranya KDN atau PDRM dapat membuka fail lama mereka untuk menjelaskan perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata cubaan Tun Mahathir untuk ‘mengasingkan diri’ dengan ISA berkemungkinan disebabkan jalinan politiknya dengan pihak pembangkang seperti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.

“Dia (Tun Mahathir) cuba membersihkan namanya dengan ISA kerana ketika ini dia sedang bekerjasama dengan pembangkang, jadi dia tolak tanggungjawab itu kepada orang lain,” katanya.

Rabu lalu, Tun Mahathir menafikan dakwaan yang mengaitkan namanya sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam isu menandatangani surat penahanan ISA.

Dr Mahathir berkata Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid iaitu anak kepada Allahyarham Megat Junid lebih menge­tahui berhubung dakwaan tersebut.

Megat Fairouz sebelum ini, meminta Dr Mahathir berhenti mendakwa arwah bapanya sebagai individu yang bertanggungjawab menandatangani perintah tahanan ISA sepanjang 11 tahun menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Perkara itu timbul berikutan baru-baru ini, beberapa blog menyiarkan kenyataan bekas perdana menteri itu yang mendakwa tindakan penahanan ISA bukan dilakukan olehnya tetapi oleh Megat Junid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana