Demonstrasi Tanpa PAS, Yang Hadir Hanya Melayu Bertuankan DAP

Hari ini pemimpin dan penyokong parti pembangkang meneruskan satu-satunya kerja yang mereka tahu buat, yakni berdemonstrasi di jalanan dengan berarak dari dua tiga lokasi sepanjang jalan di ibu kota untuk menuju ke Dataran Merdeka.
Kali ini mereka gunakan sekumpulan pelajar universiti yang terpukau dengan doktrin pembangkang untuk mengepalai demontrasi #TangkapMo1, sementara pimpinan utama pembangkang menyatakan sokongan dan memberi galakan.
Di antara beberapa parti pembangkang itu, DAP paling terkehadapan menyuarakan sokongan dan agak agresif mempromosikan himpunan tersebut di media sosial memperlihatkan seakan ia sebenarnya dianjurkan oleh parti itu.
Sejarah merekodkan, sejak dari zaman kalut gara-gara reformasi Anwar Ibrahim terlepas kerusi tahun 1998 hinggalah 2014, sudah beratus-ratus demonstrasi dianjurkan oleh pembangkang dan setiap satunya PAS akan kerah seramai mungkin ahli dan penyokongnya meramaikan himpunan jalanan anjuran pembangkang.
Sebutlah apa sahaja nama demonstrasi jalanan tersebut – Reformasi hujung minggu, Black14, Demo Arsernik, demo mata lebam, jelajah kotak rahsia, siri demo Bersih 1,2 & 3, Lawan tetap lawan, himpunan oren, himpunan Ambang Merdeka, KL112, Blackout Kelana Jaya, Blackout 505, anti PTPTN, anti PPSMI dan beratus lagi namanya, PAS pasti ada bersama menyokongnya.
Tanpa PAS dalam setiap demonstrasi itu, apa akan jadi?
Himpunan jalanan jadi suram kerana yang meramaikan demonstrasi itu hanya majoriti penyokong Cina dan India DAP serta segelintir Melayu pro pembangkang yang tak sedar diri sebagaimana terbukti dalam demonstrasi Bersih 4 pada bulan Ogos tahun lalu dan Anti GST beberapa bulan lepas.
Dan hari ini, selepas memboikot Bersih 4 dan Anti GST, PAS sekali lagi memboikot himpunan #TangkapMO1, kita boleh jangka suasana sama akan kelihatan – hanya segelintir Melayu yang masih bertuankan DAP yang akan menghadirkan diri mengangkat sepanduk dan terpekik terlolong tanpa rasa malu.
Melayu yang hadir ini pun memang dah memegang status penyokong DAP, PKR atau PAN, tak kisah mana-mana satu yang pastinya mereka hadir kerana tuan mereka adalah DAP.
Setakat ini tinjauan rakan-rakan media di lokasi membuktikan jangkaan tersebut betul. Memang ada segelintir lagi Melayu yang rela ditunggang dan bertuankan DAP mengikut sahaja gerak kerja politik si kiasu.
Tak perlu dipelikkan sangat dengan segelintir yang tidak ketahuan jatidiri ini, sedangkan individu yang mengaku Sultan Melaka pun ada penyokongnya, ketua ajaran sesat pun boleh memiliki pengikut, lelaki mengaku nabi pun ada penyokongnya, apa pelik kalau ada segelintir Melayu rela bertuankan DAP. Tak begitu?
Apa pun kita ucap syabas kepada PAS kerana sudah tersedar selepas lebih sedekad terlanjur bertuankan DAP, orang kata sudah terantuk baru tengadah, tapi yang penting akhirnya kini berani memisahkan diri dari terus jadi mangsa tunggangan DAP.
Selama 16 tahun PAS berkorban menghabiskan masanya demi kepentingan pembangkang dengan berkecimpung dalam demonstrasi jalanan itu, rasanya sudah cukup untuk mengajar PAS semua itu kerja sia-sia yang kalau ada untung politiknya pun hanya DAP yang meraihnya. – MyKMU.Net

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana