Chegu Bard serah bukti kepada SPRM mengenai dakwaan proksi Azmin dalam isu tanah Paya Indah

Seperti dijanjikan, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menyerahkan bukti yang didakwa membabitkan proksi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Azmin Ali berhubung isu penukaran status tanah Lot 68504 Paya Indah Wetlands kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) pada Jumaat.
Proksi berkenaan dakwa Badrul Hisham atau Chegu Bard adalah Ketua Cabang PKR Gombak, Zainol Abidin yang dilantik sebagai Pengarah Projek kepada pemaju tanah berkenaan.

Zainol ialah Ketua AMK Gombak manakala Azmin merupakan Ketua Cabang kawasan itu.
“Dia menamakan dirinya sebagai pengarah projek, persoalan projek ini membeli tanah sahaja dekat RM800 juta, projek itu nilainya dekat RM1.2 bilion, berapa komisyen dan bertukar tangan?
“Dia harus tampil nak jelaskan ke tidak saya rasa terpulang pada dia, yang penting SPRM kena bertindak ke atas apa yang berlaku,” kata che’GuBard yang hadir ke SPRM Putrajaya kira-kira jam 3.40 petang .
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sebelum menyerahkan semua laporan dan dokumen berhubung dakwaan skandal penukaran status tanah di Paya Indah Wetlands yang melibatkan kerajaan negeri Selangor kepada SPRM.
Beliau mendakwa identiti proksi itu dikesan daripada dokumen yang dihantar melalui aplikasi 'Whats App' kepada semua exco kerajaan negeri Selangor, sekaligus menggambarkan hubungan rapat lelaki itu dengan Azmin.
"Whats App ini daripada telefon salah seorang exco kerajaan negeri Selangor.
"Whats App ini dihantar kepada semua exco yang dinyatakan permohonan tukar status tanah ini akan dibawa ke mesyuarat kerajaan negeri.
"Siapa yang hantar (Whats App)? Namanya disimpan sebagai Zainol AMK Gombak dan tandatangan dalam (dokumen) Whats App itu adalah Zainol Abidin Mohamad Pengarah Projek Ketua AMK Gombak. Menteri Besar Selangor ialah Ketua PKR Gombak.
"Surat-surat ini dihantar kepada penjawat-penjawat awam yang lain dan ini menjelaskan kenapa jabatan kerajaan dan empat menteri besar yang selama ini menolak (permohonan), tapi tiba-tiba menerima dan bersetuju.
"Ini satu pertembungan konflik kepentingan yang sangat serius," katanya.
Apa yang menjadi persoalan kepada Chegu Bard adalah bagaimana Zainol boleh mendapat semua nombor Exco Negeri Selangor melainkan beliau menggunakan hubungan baiknya dengan Azmin.
Malah, bagaimana pula agenda Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 17 Febuari tahun lalu boleh diketahui oleh Zainol.
“Semua exco dapat mesej ini, dan maknanya dia hantar kepada semua exco dan keputusan ini dibuat dalam keadaan sedar ada proksi yang dia Ketua AMK Gombak Ketua PKR Cabang Gombak,” katanya.
Justeru, semua bukti telah diserahkan kepada SPRM hari ini manakala 80% bukti dan dokumen yang diserahkan itu dimuatkan di dalam sebuah ‘booklet’ #skandalAzmin68054 untuk didedahkan kepada semua penjawat awam Selangor dan rakyat negeri itu.
“Kita akan hantar semua bukti kepada SPRM, termasuk akan dedahkan whistleblower kepada SPRM, kita percaya SPRM akan bertindak profesional dan menggunakan segala ruang untuk melindungi whistleblower kita,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana