Beranikah Pemuda DAP Tentang Kezaliman Guan Eng di Pulau Pinang?

KENYATAAN yang dikeluarkan oleh Ketua DAPSY Selangor Teh Hoong Keat dan Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Kebangsaan Leong Yu Sheng bahawa sikap berdiam diri dalam situasi kezaliman hanya akan mengukuhkan lagi pemerintah zalim sepatutnya diterjemahkan terhadap penindasan yang dilakukan oleh DAP terhadap kaum lain di Pulau Pinang.

Apa yang cuba disampaikan oleh kedua-dua pemimpin parti pembangkang ini sememangnya benar dan tepat, namun apa yang menjadi persoalan adalah beranikah mereka menyuarakan perkara yang serupa dalam parti mereka sendiri, malah mereka seakan bersetuju dengan tindakan merobohkan penempatan serta menyekat perniagaan kepunyaan kaum lain.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh pemimpin muda DAP ini, sewajarnya anak muda semua golongan dari semua kaum tanpa mengira fahaman parti seharusnya wajib tampil ke barisan hadapan dan turun melawan rejim pemerintahan yang rasuah, jika sekiranya apa yang diperkatakan mereka ini sama dengan asas kepada perjuangan mereka.

Seharusnya sebagai pemerintah di Pulau Pinang, DAP harus mengutamakan kebajikan rakyat seperti mana yang ditonjolkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menrencana pelbagai usaha untuk membantu rakyat, dan bukan melakukan kezaliman dan penindasan.

Sementara itu, semua rakyat telah faham dan melihat secara jelas bagaimana rakusnya kepimpinan DAP di negeri terbabit yang diketuai oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng telah melakukan pelbagai penyelewengan wang rakyat dengan meluluskan projek yang tidak manfaat, terutama sekali selepas terbukti dan didakwa melakukan rasuah dalam isu pembelian banglo miliknya serta projek perumahan di Jalan Chelliah, Georgetown.

Insiden yang boleh disamakan sebagai rompakan yang terancang ini bukan sahaja boleh didapati dalam bentuk pembangunan malahan ianya dilakukan terhadap alam sekitar, sebagai contoh kejadian banjir sudah semakin kerap berlaku di Pulau Pinang yang diakibatkan daripada pembangunan yang tidak dirancang dengan baik.

Sebagai pemimpin muda yang mahukan pemerintahan bebas dari unsur rasuah, sepatutnya Teh Hoong Keat dan Leong Yu Sheng mesti melakukan teguran dan menyarankan kepada kepimpinan tertinggi DAP agar lebih peka dalam mengurus tadbir negeri Pulau Pinang, apatah lagi dengan sikap DAP yang kononnya sentiasa melaungkan ketelusan dan kebebasan bersuara untuk rakyat melakukan teguran dan mengkritik tindakan yang merugikan rakyat.

Golongan Sosialis Muda DAP (DAPSY) seharusnya menyeru dan menyokong masyarakat umum khususnya anak muda menyertai perhimpunan aman untuk mengkritik kepincangan pemerintahan DAP serta meyakinkan rakyat bahawa didalam DAP sendiri terdapatnya ketelusan untuk menegur kepimpinan.
Terdahulu, kenyataan bersama tersebut telah dikeluarkan oleh Sosialis Muda DAP (DAPSY) yang menyeru dan menyokong masyarakat umum khususnya anak muda menyertai perhimpunan aman #TangkapMO1 yang akan diadakan pada 27 Ogos di Dataran Merdeka dan juga di Johor Bahru pada 13 Ogos 2016.

“Anak muda wajib tampil ke barisan hadapan dan turun melawan rejim pemerintahan yang rasuah dan menelan wang rakyat tanpa mengendahkan hidup mati rakyat jelata sebagaimana yang diungkap jurucakap Gabungan #Tangkap MO1, Anis Syafiqah, bangkit kita teguh, diam kita roboh,” ujar kenyataan itu.
Namun, persoalannya, adakah Ketua DAPSY Selangor Teh Hoong Keat dan Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Kebangsaan Leong Yu Sheng berani melaksanakan tanggungjawab sedemikian, malah jika mereka benar-benar mahu menentang gejala rasuah, maka mereka pasti sudah ‘membersihkan’ aktiviti politik dari dalam DAP sejak dahulu lagi.

sumber: KLPOS

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana