Barulah BETUL.....‘Kalau nak jatuhkan saya tandinglah dalam Umno’..Dia tak berani...nak ikut pintu belakang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar mana-mana pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno termasuk dirinya supaya bertanding dan mencabar beliau selaku presiden dalam pemilihan parti akan datang.

"Kalau hendak jatuhkan saya bertandinglah dalam Umno tapi jangan runtuhkan Umno," katanya ambil disahut tepukan gemuruh.

Malah, Najib secara sinis berkata jika beliau mempunyai hasrat menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno untuk tempoh 22 tahun lagi, Perlembagaan parti sebelum ini boleh dipakai.

"Kalau mengikut perlembagaan dahulu, siapa nak bertanding presiden dia mesti mendapat sokongan daripada 56 Bahagian Umno, ingat senang nak dapat, satu pun susah.

"Tetapi bila saya jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri saya ambil langkah pinda Perlembagaan dan serahkan nasib saya kepada 160,000 perwakilan yang layak memilih," katanya.

Selain itu, Najib meminta rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang laporan berita oleh pihak asing termasuk Wall Street Journal (WSJ) kerana ia tidak akan membawa kebaikan.

"Apa yang penting adalah apa yang kerajaan beri kepada rakyat, bantu keluarga kita, ada pekerjaan atau sebaliknya, semua ini bukan WSJ yang tentu dan berikan.

"Usah ambil kisah sangat cerita daripada pihak luar, tetapi apa yang penting adalah kita mampu pertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia," katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana