Apa khabar Tan Sri Muhyiddin...?

Sejak heboh Tuanku Sultan Johor murka dengan kenyataan Tun Mahathir Mohamad, ramai yang dok tanya sana sini apa pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin...?

Muhyiddin yang kini terkenal sebagai 'pahlawan facebook' kerana kerap mengeluarkan kenyataan melalui FB hanya senyap sahaja walaupun isu yang dibangkitkan Sultan Johor merupakan isu penting.

Selaku MP Pagoh dan bekas MB Johor ramai nak tahu apa pendirian Muhyiddin mengenai isu Bangsa Johor ini.

Tak kan senyap sahaja... sebelum ini isu MP Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berkaitan isu MO1, Muhyiddin bukan main sibuk lagi.

Sekarang isu penting melibatkan Sultan negeri beliau dan dimana dirinya jadi MP... senyap sunyi.

Pi luar negeri lagi ke...?

Dengar cerita hubungan Muhyiddin dengan istana dingin akhir-akhir ini.

Dua surat permintaan untuk mengadap ditolak dan khabarnya Muhyiddin hendak jumpa Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin pun tak dapat.

Sejak-sejak jadi Presiden parti belum berdaftar ini, penolakan Bangsa Johor terhadap Muhyiddin semakin kuat.

Bahagian Pagoh sendiri buat Persidangan UMNO tanpa riuh rendah walaupun beliau tidak sampai enam bulan kena pecat dari UMNO.

Pada Khamis, Sultan Johor bertitah harus faham bahawa semua negeri ada kebangaan tersendiri tetapi ini tidak bermakna mereka akan meninggalkan Malaysia.

“Beliau (Mahathir) jolok sarang tebuan dan nasihat saya kepadanya tutup mulut,”baginda lagi.

Sultan Johor menyorot mengenai reputasi Mahathir sebagai seorang yang suka berkonfrantasi cetus perpecahan terutama dalam dasar luar.

“Dia bergaduh dengan ramai pemimpin dunia termasuk jiran kita Singapura dan letak Malaysia dalam keadaan tidak selesa,”titah baginda.

“Tun Mahathir ialah penyebab masalah dalam negara sekarang. Beliau tiada hak untuk campurtangan dalam negeri saya. Saya tidak boleh bertoleransi dengan hal ini,”titah baginda.

Sambil mempertahankan konsep ‘ Bangsa Johor’, Sultan Johor bertitah konsep itu sudah wujud sebelum bekas Perdana Menteri itu dilahirkan.

Menurut baginda kenyataan Mahathir itu mengambarkan beliau tidak tahu langsung sejarah Johor.

Baginda bertitah konsep yang dibawa oleha Sultan Sir Ibrahim pada tahun 1920 yang mahu Bangsa Johor bersatu bawah satu bendera demi memperkukuhkan kerjasama dan harmoni kalangan semua kaum, terbukti betul.

Mahathir sebelum itu menyifatkan konsep ‘Bangsa Johor’ adalah tidak sihat kerana ia boleh menyebabkan rakyat di sebuah negeri merasa mereka lebih hebat dari yang lain dan semua orang sepatutnya anggap diri sebagai rakyat Malaysia dan tidak dikenali dari negeri mana asal mereka.

Beliau dakwa jika setiap negeri hendak mengasingkan diri maka Malaysia akan roboh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana