Anina malukan diri sendiri, tarik balik semua saman UMNO

Seorang bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin yang dahulunya beria-ria menyaman Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat keputusan yang memalukan diri sendiri apabila menarik balik semua saman dikemukakannya sebelum ini.

anina UMNO mahkamahLangkah pengikut bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu agak pelik walhal proses di mahkamah sudah pun bermula, malah beliau sendiri menggelar dirinya sebagai seorang pahlawan seperti Puteri Mahsuri dari Langkawi.

Pengumuman Anina tersebut dibuat di firma guaman Tetuan Haniff Khatri, di Kota Damansara pada Rabu.

“Semua kes itu dibuat ketika saya bergelar ahli UMNO.

“Tapi sekarang saya bersama parti baharu dan perjuangan saya telah melalui fasa baharu yang lebih serius. Saya mahu pastikan parti Najib tumbang,” kata semasa sidang media hari ini.

Langkah tersebut termasuk menghentikan kesemua tindakan yang wujud sama ada ada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, mahupun Mahkamah Tinggi berhubung isu yang berbangkit ketika zaman keahliannya dalam UMNO.

Tiga kes difailkan terhadap UMNO, pertama saman berhubung dengan pengembalian wang derma RM2.6 bilion kepada UMNO.

Kedua, berhubung pemecatan keahlian Anina yang kini rujuk pada Mahkamah Persekutuan dan permohonan untuk kebenaran merayu kepada mahkamah persekutuan telah ditetapkan pada 14 September 2016.

Ketiga, kes di Mahkamah tinggi yang baru difailkan selepas keputusan mahkamah rayuan berhubung rayuan terhadap pemecatan tersebut, iaitu permohonan untuk deklarasi membatalkan kesahihan Seksyen 18 (C ) Akta Pertubuhan 1966.

Tarikh yang ditetapkan adalah 22 Oktober 2016 untuk permohonan pihak responden membatalkan permohonan tersebut.

Peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdullah berkata, selewat-lewatnya minggu depan beliau akan berhubung dengan peguam cara Najib atau responden lain dan juga pejabat peguam negara berhubung kes 18 (C) sebelum tarikh kes tersebut melalui prosedur undang-undang, bagi tujuan menarik balik ketiga-tiga kes tersebut.

“Dalam tindakan undang-undang, mahkamah akan meneruskan kes dan pihak dalam pertikaian perlu teruskan sekiranya kes atau isu itu masih hidup, memandangkan Anina mengumumkan untuk bersama landasan parti baharu (PRIBUMI), adalah tidak wajar kes ini diperdengarkan lagi di mahkamah.

“Sebagai peguam, kami perlu menepati prinsip-prinsip kemahkamahan walaupun bagi saya ada isu undang-undang yang boleh diperdebatkan lagi,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana