Anda Nilaikan Lah.....Ulama sekarang tidak diperlukan rakyat : PAN

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mengkritik ulama sekarang yang disifatkannya tidak diperlukan rakyat kerana mereka hanya suka menghukum pihak lain.

Beliau kononnya dalam satu kenyataan berkata masyarakat Malaysia begitu dahagakan pemimpin seperti Imam Nawawi, bukan seperti yang ada sekarang ini.

“Sekarang ini, umat Islam kaya dengan ulama-ulama yang menghukum, yang menggelarkan kumpulan-kumpulan yang tidak sealiran sebagai munafik, liberal, pengkhianat, khadam dan lain-lain perkataan jelik lagi.

“Sedangkan, rakyat menunggu mereka yang muncul untuk memimpin seperti Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong.

“Menjelmalah orang seperti ini untuk menjadi ikutan rakyat supaya kita dapat menentang segala bentuk korupsi. Kami dahagakan ulama-ulama seperti itu, bukan ulama yang menghukum seperti sekarang ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Mohamad lagi, ulama sekarang ini tidak begitu praktikal kerana kurang untuk menegur serta menentang kerajaan sedia ada yang mengenakan cukai terhadap rakyat.

“Masalahnya penentangan daripada rakyat terhadap rasuah dan penyelewengan agak perlahan. Umat Islam perlu kepada orang seperti Imam Nawawi untuk muncul menegur, mengkritik dan menentang pemerintah yang mengenakan cukai kepada rakyat yang berlebihan.

“Umat Islam memerlukan orang seperti Ayatullah Khasyani yang menggerakkan rakyat Iran bersama pejuang-pejuang NGO menumbangkan Shah yang pertama dalam isu penyalahgunaan kuasa dan perniagaan oleh syarikat-syarikat tembakau yang memusnahkan kehidupan dan menyebabkan kemiskinan kepada petani,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana