Anda Nilaikan Lah.....Mahathir Bergaduh Dengan Semua Perdana Menteri, Raja Melayu, Hakim

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh, pastinya disokong semua pihak.

Beliau berkata melihat kepada sejarah, bekas pemimpin negara itu telah
bergaduh dengan empat perdana menteri termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga timbalan perdana menteri termasuk Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang juga Presiden UMNO semalam yang menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh.

Najib berkata ini kerana pemimpin berkenaan sering mengkritik pemimpin
terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau percaya tiada rakyat Malaysia yang menafikan kenyataan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana