Waspada pada IS...kini bukan ‘Jika’ tapi ‘bila’ serangan akan berlaku

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengingatkan rRakyat Malaysia perlu berwaspada dalam memerangi ancaman Negara Islam (Daesh) kerana persoalan sekarang bukan  lagi ‘jika’ tetapi ‘bila’ serangan di negara ini akan berlaku.

“Sekarang persoalannya bukan lagi jika tetapi bila serangan keganasan akan berlaku.

“Kita perlu berjaga-jaga dan kita perlu bersama-sama untuk memastikan negara kita selamat,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri pada majlis Hari Raya untuk kakitangan Kementerian Dalam Negeri di Kompleks Islam Sarawak di Kuching, Khamis.

Mengenai suspek militan Daesh di penjara Malaysia, beliau berkata, mereka yang ditahan telah diasingkan untuk menghalang mereka daripada mempengaruhi banduan lain.

Zahidi berkata terdapat seramai 261 tahanan Daesh di Malaysia dan polis telah mengenal pasti 63 rakyat Malaysia lain yang kini terlibat dengan kumpulan pengganas di Syria dan Iraq.

“Saya telah mengarahkan ketua pengarah penjara mengasingkan tahanan Daesh.

“Saya tidak mahu mereka untuk mempengaruhi banduan lain,” katanya.

Zahid berkata sebagai tambahan kepada tindakan pengasingan, usaha juga sedang dijalankan untuk memulihkan pemikiran radikal mereka.

Beliau berkata Malaysia telah berpengalaman dalam program deradikalisasi dan pemulihan, bermula daripada memerangi ancaman komunis sejak 1948.

“Dalam pemulihan ini, kami mempunyai kadar kejayaan sebanyak 97 peratus,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana