UMNO Sabah sokong kepemimpinan Najib, Zahid

KOTA BELUD: Kerajaan Sabah menyatakan komitmen berdiri teguh dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata sokongan itu bagi membolehkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri meneruskan agenda pembangunan serta program transformasi negara, khususnya untuk menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri akan terus memberi sokongan padu dan komitmen sepenuhnya kepada usaha kerajaan Persekutuan membanteras dan memerangi sebarang bentuk ancaman keganasan. "Kita yakin langkah yang diambil oleh kerajaan menerusi konsep wasatiyah adalah pendekatan terbaik dalam menangani ancaman ini (keganasan), seterusnya mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. "Dengan komitmen kerajaan dan sokongan padu seluruh lapisan rakyat, Insya-Allah kita berupaya menghadapi apa juga ancaman dan cabaran yang cuba menggugat kestabilan serta keamanan dikecapi selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Pemangku Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang turut dihadiri oleh Ahmad Zahid di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana