UMNO Pagoh buktikan Muhyiddin hanya syok sendiri.

Selepas TS Muhyiddin dipecat, kononnya masih ramai yang akan terus menyokongnya dan membantah keputusan MT tersebut. Nampaknya hanya segelintir saja yang membantah, ternyata ramai juga yang bersetuju termasuk Ketua Cawangan UMNO di bahagian Pagoh.

Rata-rata ketua cawangan Pagoh mengatakan kenyataan Muhyiddin itu hanya 'syok sendiri', walaupun Muhyiddin dipecat ia tidak akan merugikan parti malah dapat membendung sikap pemimpin yang sudah berbelah bahagi diantara kerajaan dan pembangkang.

"Sebagai ahli UMNO yang menyokong dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui parti UMNO, tindakan Muhyiddin bergabung dengan parti pembangkang untuk mengecam kerajaan dan pimpinannya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal ", kata Ketua UMNO Cawangan Kampung Gelam, Ali Hassan Elias

Pemimpin Umno yang sudah berpaling tadah dari kerajaan tidak patut disokong rakyat, bagi ketua cawangan di Pagoh mereka berdukacita bukan kerana pemecatan tersebut, tapi tingkah laku Muhyiddin sendiri yang sudah bersama pembangkang membuatkan mereka tawar hati dan menyokong padu tindakan MT.

Selama ini, ketua cawangan sangat menghormati Muhyiddin sebagai pemimpin parti, tapi bagi mereka keputusan MT memberi hukuman kepada Muhyiddin adalan tepat. Mungkin ada segelintir yang masih menyokong tapi rata-rata ketua cawangan Umno di Pagoh akan memilih bersama DS Najib dalam hal ini.

Selain itu, mereka juga tidak mahu contoh pemimpin seperti Muhyiddin masih kekal di dalam Umno. Sebab tu mereka menyelar kenyataan Muhyiddin sebelum ini yang mengatakan mereka akan terus menyokong Muhyiddin. Nampaknya, Muhyiddin tersilap besar kerana ketua cawangan di Pagoh sudah benar-benar tawar hati terhadapnya.

"Dia boleh bercakap semua ahli UMNO di Johor marahkan kepimpinan parti yang memecat keahliannya petang Jumaat lepas padahal ahli UMNO di bahagiannya tidak menyokongnya ", Ketua UMNO Cawangan Bukit Terih, Kamalludin A. Rahman

Nampaknya, anggapan Muhyiddin kepada semua ahli Umno di Pagoh tersasar jauh kerana mereka sendiri bersetuju dan menolak Muhyiddin untuk kekal di dalam parti. Sudah jelas di Pagoh sendiri rata-rata tidak suka dengan sikap Muhyiddin sekarang yang mesra pembangkang. Jadi betul la Muhyiddin ni rupanya 'syok sendiri' je .

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana