Turki buru sampai ke lubang cacing suspek kudeta...Ambil Kau Penderhaka Negara..Kononnya Nak Rampas BEgitu Saja

Turki memperhebatkan gerakan menangkap suspek cubaan rampasan kuasa dan memberitahu para pengkritik di Kesatuan Eropah (EU) bahawa Ankara tiada pilihan selain menghapuskan musuh yang diibaratkan gunting dalam lipatan itu.

Kabinet Presiden Recep Tayyip Erdogan memberikan kuasa baharu kepada polis untuk menahan suspek selama sebulan tanpa pendakwaan.

“Suspek boleh ditahan sehingga 30 hari sebelum dibawa ke muka pengadilan untuk ditentukan sama ada ditahan reman atau tidak,” ujar kenyataan rasmi itu.

Turki pada Khamis lalu mengumumkan tempoh darurat selama tiga bulan selepas pihak tentera gagal melakukan rampasan kuasa bagi menggulingkan Erdogan.

Menurut pihak berkuasa, sehingga kini seramai 10,410 orang telah ditahan, termasuk askar, polis, hakim, pendakwa raya dan pegawai undang-undang.

Agensi berita tempatan, Anadolu pula melaporkan, daripada jumlah itu, seramai 4,060 orang telah didakwa dan diletakkan di bawah tahanan.

Salah seorang yang berada di bawah tahanan reman ialah seorang gabenor wanita di wilayah Sinop, Yasemin Ozata Cetinkaya yang menjadi satu-satunya gabenor wilayah yang ditahan setakat ini.

Kenyataan itu menambah, serentak dengan pelaksanaan undang-undang darurat itu sebanyak 1,043 sekolah swasta dan 1,229 pertubuhan serta yayasan akan ditutup.

Seminggu selepas sebilangan askar memberontak dan cuba menumbangkan Erdogan dengan meriam, kereta kebal dan jet pejuang F-16, kerajaannya telah menahan lebih 12,000 orang yang disyaki musuh negara termasuk 300 anggota unit pengawal Presiden.

Polis turut menahan seorang anak saudara ulama berpangkalan di Amerika Syarikat, Fethullah Ghulen, 75, yang didakwa Turki menjadi dalang kudeta pada 15 Julai lalu. Ankara melabelkan pengikut Fethullah sebagai pengganas.

Dalam perkembangan berkaitan, EU semakin bimbang Erdogan akan menggunakan kekerasan untuk mematahkan penentangan terhadapnya.

Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi memberi amaran bahawa ‘negara yang memenjarakan profesor universiti dan wartawan sendiri akan turut memenjarakan masa depannya’.

Menteri hal ehwal EU, Omer Celik bagaimanapun berkata, para pemimpin EU tidak menyedari betapa seriusnya ancaman tersebut dan tiada seorang pun pemimpin blok itu yang menyokong Ankara selepas kudeta pada 15 Julai lalu.

“Datanglah ke Turki dan lihat betapa seriusnya situasi sekarang,” kata Celik dalam satu taklimat kepada media asing.

“Mereka melihat Turki dari jauh dan menganggap kudeta ini permainan Pokemon,” tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa Fethullah lebih berbahaya daripada ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden dan pengganas kumpulan Islamic State.

Kudeta itu menyebabkan 24 askar yang memberontak terbunuh di samping 246 yang lain termasuk 179 orang awam, 62 anggota polis dan lima anggota tentera yang setia kepada Erdogan .

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana