Tuan Ibrahim Tuan Man Ini Akal Letak Dikepala Lutut Kot...Bukan Kita Tidak Tahu Siapa Amerika Kah?

Kadang-kadang, elok kita berdiam diri dari cuba menonjolkan diri, kerana kebodohan itu boleh sahaja dizahirkan tanpa sempadan, apatah lagi jika tidak benar-benar tidak punya pengetahuan tentang satu-satu perkara.

Tuan Ibrahim Tuan Man, masih tidak serik untuk tampil dengan kenyataan-kenyataan kurang bijak seperti ini. Cuba imbas kembali kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini, yang antara bersungguh mengatakan Pakatan Rakyat belum terkubur, sehinggalah tentang soal saman yang didakwa tidak dapat menyelamatkan nyawa pengguna jalanraya.

Semuanya ” ke laut”, atau dalam bahasa pasarnya “lost in space”.  Bukanlah hendak memperkecilkan beliau, tetapi sinar kebijaksaan itu memang tidak pernah terlihat padanya setakat ini.

Bukti apa yang Amerika ada berkenaan 1MDB, cuba tanya kepada Timbalan Presiden PAS itu. Boleh sahaja kita minta Tuan Ibrahim tunjukkan melalui dokumen-dokumen sah DOJ, di mana “bukti” tersebut.

Sementara menunggu bukti yang didakwa oleh Tuan Ibrahim, adalah lebih baik kita sama-sama tarbiyah beliau, bahawasanya DOJ sendiri mengakui bahawa apa yang sedang mereka usahakan adalah berdasarkan ADUAN, iaitu “complaint”.

Logiknya, Amerika juga mempunyai mahkamah, dan jika DOJ sah tarafnya sebagai penyebar risalah kebenaran, maka apa guna mahkamah di sana? Bukankah begitu? Fahamkah Tuan Ibrahim beza antara DOJ dan mahkamah?

Di dalam artikel tersebut, Tuan Ibrahim juga cuba mempelekehkan siasatan yang telah dijalankan oleh SPRM, Bank Negara, Peguam Negara dan pihak Polis oleh kerana “bukti yang dimiliki oleh Amerika”.

Baiklah, kita faham sentimen yang beliau cuba bangkitkan, namun kenapa tidak bersikap jujur dengan mempertikaikan sekali siasatan yang dijalankan oleh PAC? Apakah Tuan Ibrahim segan dan malu untuk mempertikaikan kenyataan rakan pembangkangnya Dr. Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi PAC berhubung siasatan ke atas 1MDB?

Mungkin, sekadar mungkin, Tuan Ibrahim berada di dalam status “kurang sihat” ketika membuat kenyataan berkenaan. Jika benar, maka jangan lupa untuk makan ubat.

Dan satu lagi, 1MDB telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang aset di Amerika Syarikat. Maka tidak wujud soal kerisauan tentang tindakan untuk merampas aset 1MBD. Apatah  lagi “bukti”.

Hadamlah fakta ini wahai Tuan Ibrahim.

Penyokong pembangkang tidak boleh untuk terus menerima keberadaan Tuan Ibrahim dengan kenyataan-kenyataan begini kerana dikhuatiri penyokongnya juga terjangkit dengan penyakit “kurang cerdik”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana