TINDAKAN PEMBANGKANG DESAK NAJIB LETAK JAWATAN BERSIKAP HIPOKRIT

Tindakan pembangkang mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak bercuti atau meletak jawatan menyerlahkan sikap hipokrit mereka.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini jelas menunjukkan sikap 'pilih kasih' apabila desakan seumpamanya tidak dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang berdepan dakwaan rasuah.

"Dalam kes Guan Eng, yang jelas kes jenayah mereka pertahankan, tak perlu letak jawatan atau bercuti.

"Tapi dalam kes sivil ini, tidak ada pun dinamakan perdana menteri sebagai defendan, tiba-tiba mereka suruh perdana menteri letak jawatan. Nampak betapa mereka mempolitikkan isu ini dan mereka bercakap tidak konsisten...pilih kasih," katanya.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah menfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa diselewengkan.

Ismail Sabri yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata isu itu sengaja digembar-gemburkan bagi menutup kes jenayah yang dilakukan oleh Lim.

Ramai yang telah minta dia (Lim Guan Eng) berhenti tapi telah dipertahankan oleh semua ahli majlis tertinggi DAP dan juga pemimpin pakatan pembangkang yang lain, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana