Tanah TRX dibeli Tabung Haji kini RM2,200 kaki persegi…naik RM400

Tanah yang dulu dibeli oleh Tabung Haji di Tun Razak Exchange di ibu negara pada harga RM1,800 kaki persegi  kini sudah bernilai RM2,200 kaki persegi yakni kenaikan sebanyak RM400 kaki persegi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu demikian ketika menyentuh mengenai pelbagai perkara berkaitan TH cuba dijadikan isu dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak termasuk soal pembelian tanah Tun Razak Exchange.

"Dulu tanah dibeli pada harga RM1,800 kaki persegi tapi hari ini saya tanya Datuk Johan Abdullah (Pengarah Utusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH), berapa harga tanah itu sekarang, dia beritahu ada pihak mahu beli pada harga RM2,200 kaki persegi.

"Ini maknanya sudah untung, tapi ia dipolitikkan oleh sesetengah pihak," kata Najib.

Berucap ketika semasa melancarkan Yayasan TH, di Kelana Jaya Selasa Perdana Menteri berkata soal kebajikan jemaah haji dan kepentingan pendeposit-pendeposit adalah soal utama penubuhan TH dan ia amat dititikberatkan.

Dalam ucapan itu beliau berkata dalam tempoh hampir lima dekad sejak penubuhannya, Lembaga Tabung Haji (TH) telah berjaya memenuhi semua objektifnya terutama dalam membantu masyarakat Melayu Islam dalam soal kebajikan dan sosio ekonomi mereka.

Menurut  Najib  kejayaan itu telah meletakkan TH sebagai sebuah institusi yang boleh dibanggakan dan cuba ditiru oleh negara-negara lain, namun gagal.

"Dalam tempoh lima dekad Tabung Haji telah bergerak membantu kebajikan sosio ekonomi masyarakat Melayu Islam pada waktu itu," katanya

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pengurusan tertinggi TH serta kakitangannya.

Najib berkata, jika dilihat pencapaian TH dari sudut pengurusan jemaah haji, lembaga itu telah berjaya mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 tanpa kenaikan sejak 2009.

Katanya, pada tahun ini pula, TH berupaya memberi subsidi bayaran haji sebanyak RM160 juta untuk jemaah haji dengan setiap mereka menerima subsidi hampir RM8,000.

"Jadi kalau bayaran RM9,980, mereka dapat subsidi hampir RM8,000 yang mana hampir sama dengan jumlah bayaran haji. Mana ada bayaran seperti ini dalam dunia," katanya.

Mengenai yayasan itu, perdana menteri berkata penubuhannya diharapkan dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan dan mendapat lebih banyak dana untuk memenuhi objektifnya.

Yayasan TH ditubuhkan bagi menyelaras semua inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang telah dilaksanakan sebelum ini termasuk dalam bidang pendidikan dan menyalurkan bantuan ketika bencana dan musibah.

Yayasan itu akan ditadbir secara berasingan oleh lembaga pemegang amanahnya sendiri dengan fasa pertama TH memperuntukkan dana sebanyak RM5 juta untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana