SLOGAN DAP PALING BERSIH TIDAK LAGI BOLEH PAKAI – RAHMAN

Kenyataan Media
Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik BN
29 Jun 2016

SIARAN SEGERA

RESPON TERHADAP PENAHANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

1. Tindakan menegakkan keadilan mesti dilakukan dengan pantas. Sebulan selepas siasatan dalaman dan perbincangan secara terbuka yang tegang, saya berasa lega apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk mengambil tindakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng.

2.      Saya membangkitkan kebimbangan berhubung penjualan dan pembelian banglo YAB  Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn pada Mac 2016, kerana saya yakin berlaku salah laku dalam transaksi dan rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui kebenaran.

3. Jelas sekali, slogan DAP kononnya menjadi parti politik paling bersih di Malaysia tidak boleh lagi diguna pakai, susulan penahanan Lim Guan Eng oleh SPRM hari ini. Ketelusan dan kebertanggungjawab mesti diamalkan, bukan sekadar diperkatakan.

4. Saya berharap SPRM akan meneruskan kelazimannya dalam menjalankan tugas tanpa kebimbangan atau pilih kasih. Pada akhirnya, semua ini diharap membawa kebenaran dan keadilan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana