Sekarang Terkena Pada KAu Plak....Guan Eng wajib letak jawatan sehingga kes mahkamah selesai

Lim Guan Eng wajib meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sementara kes mahkamah berkaitan tuduhan rasuah dijalankan keatasnya, kata Bendahari Agung MIC Datuk Seri S.Vell Paari.

"Ini supaya tidak berlaku sebarang campur tangan dari pejabat Ketua Menteri terhadap kes ini," kata beliau dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Menurut Vell Paari, Guan Eng didakwa di Mahkamah mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan atas sebab membeli hartanah di bawah nilai pasaran dimana ia dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.

Katanya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rahman Dahlan dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan selama beberapa bulan mendedahkan salahlaku Lim Guan Eng dan akhirnya hari ini tindakan diambil oleh pihak SPRM.

"Ini membuktikan segalapendedahan yang dilakukan oleh mereka adalah betul, tepat dan bukan rekaan semata - mata seperti yang dikatakan oleh pemimpin serta penyokong pembangkang,"katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak pula membidas sikap dwi-standard pembangkang, selepas kerajaan dituduh sedemikian sejurus penangkapan Guan Eng.

“Apabila seseorang daripada kerajaan atau parti pemerintah ditahan atas apa jua alasan, pembangkang dengan pantas bercakap mengenai keadilan, urustadbir yang baik, kebenaran dan sebagainya.

“Mereka tidak akan akui kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah,” katanya.

BERIKUT adalah kronologi kes penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu:

* 17 Mac 2016: Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya meminta menyiasat isu pembelian hartanah di bawah harga pasaran bernilai RM2.8 juta oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

* 18 Mac: Lim mendakwa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan.

* 18 Mac: SPRM mula menerima laporan berhubung isu pembelian rumah banglo pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran daripada pelbagai pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

* 19 Mac: Lim menggesa SPRM menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn.

* 20 Mac: Lim membawa petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn.

* 22 Mac: Phang membuat akuan berkanun menjelaskan beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.

* 23 Mac: SPRM terima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.

* 1 April: Phang memberi keterangan berhubung pembelian banglo oleh ketua menteri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

* 2 April: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan akuan berkanun Phang yang didakwa mempunyai maklumat palsu.

* 17 April: SPRM menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.

* 6 Mei: Lim dan isteri Betty Chew serta Phang dan pemilik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew memberi keterangan kepada SPRM.

* 7 Mei: Lim sekali lagi hadir untuk direkodkan keterangan berhubung isu pembelian banglo di pejabat SPRM Pulau Pinang.

* 22 Mei: Pegawai SPRM hadir di rumah Lim untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya.

* 25 Mei: Kertas siasatan Lim dikemukakan kepada Peguam Negara.

* 6 Jun: Kertas siasatan banglo Lim dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

* 29 Jun: Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana