Sedih Kenangkan Luahan Rasa Tun Siti, Tapi…Tak Sedari Bahawa MADEY Hentam Dan Hina Orang Lain Tak Apa Plak

Sedih sungguh membaca keluhan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali, yang meluahkan rasa sedih kerapa suaminya yang tersayang itu dihina dan diperlakukan ‘tidak wajar’ oleh UMNO dan kepimpinannya.

Bak kata orang, isteri menjadi ‘tulang belakang’ kepada jatuh bangunnya seorang suami, dan penulis yakin bahawa Tun Siti memainkan peranan penting dalam mempengaruhi Tun Mahathir seumur hidupnya, hingga kini.

Penulis hormati dan faham perasaan Tun Siti. Siapalah yang tidak sedih, kecewa dan terguris apabila suami tersayang dihina begitu, bukan? Selaku isteri yang setia, sudah tentulah beliau berdiri teguh di belakang suaminya…

Namun begitu, mungkin perasaan yang serupa itulah yang sedang dirasai oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, apabila bukan saja suaminya, Dato’ Seri Najib Tun Razak, dihina, malah seluruh keluarga mereka teruk dicaci dan dihentam suami Tun Siti.

Tun Siti mengungkit keakraban keluarga Tun Siti dan Mahathir dengan keluarga Najib. Disebut Tun Siti nama bapa Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak dan ibu Najib, Tun Rahah. Diungkap pula kemesraan yang terjalin sejak sekian lama.

Jika Tun Siti kenangkan segala jasa keluarga Najib itu khususnya ketika Mahathir dikutip Tun Abdul Razak untuk kembali menyertai UMNO dan membantunya mendaki ke puncak kerusi Perdana Menteri, apakah Tun Siti fikir wajar suaminya itu menghina Najib dan seluruh keluarganya?

Lupakah Tun Siti bagaimana Najib ditohmah suaminya tentang pembunuhan mendiang Altantuya, cincin berlian dan perkahwinan anak Presiden UMNO itu? Padahal, suami Tun Siti pun tahu dan mengakui sebelum itu bahawa segala itu dalah fitnah propaganda pembangkang.

Jika benar Tun Siti kenangkan keakraban dan kemesraan yang terjalin sejak lama dulu itu, apakah Tun Siti wajar membiarkan Mahathir merosakkan tali silaturrahim yang terbina sejak sekian lama dan mengambil jalan yang lebih wajar untuk menyatakan ketidakpuasan hati suaminya itu?

Penulis turut terkenangkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya. Di mana Tun Siti ketika mana suaminya memecat dan menahan suami Wan Azizah dulu? Kenapa Tun Siti tidak mententeramkan hati Wan Azizah dan anak-anak ketika Anwar dimalukan suaminya dengan kisah gelapnya dulu?

Sekiranya Tun Siti sedih dengan hinaan terhadap suaminya sekarang, adalah wajar Tun Siti kenangkan juga perasaan Rosmah, Wan Azizah dan ramai lagi isteri-isteri pemimpin UMNO yang ‘dicantas’ suaminya dulu. Mereka juga isteri dan wanita, namun suami mereka dihina dan diserang suami Tun Siti sama ada ketika berkuasa atau sudah hilang kuasa.

Ketika suami Tun Siti sangat berkuasa dulu, apa kurangnya beliau menghina orang? Antara yang paling teruk dihina ialah para pemimpin PAS, termasuk bekas Presidennya, Allahyarham Dato’ Ustaz Fadhil Noor. Hinggakan arwah sempat mendoakan agar suami Tun Siti lambat meninggal dunia untuk melihat sendiri kesan-kesan kekejamannya? Tun Siti lupa?

Jika terlalu emosi membela suami sekalipun, usahlah berlaku berat sebelah dan menidakkan perasaan isteri-isteri lain. Di dalam Islam tidak ada hukum karma, namun ketahuilah Tun Siti bahawa doa mereka yang dizalimi tiada hijabnya di sisi Allah. Mungkin itulah yang sedang ditanggung suami Tun Siti.

Justeru itu, penulis harap Tun Siti dapat nasihatkan suami Tun Siti agar lebih mendekati Allah SWT dan memperbanyakkan ibadah di usia ‘subsidi’ ini. Apabila tiba saatnya nanti, kita tidak akan bawa Lim Kit Siang atau Mat Sabu. Ketika itu yang boleh diharapkan hanyalah doa dari anak yang kini masih tegar menyokong LGBT…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana