Punah harapan Pakatan Harapan... Pemimpin DAP, PKR lawan londeh

Pemimpin peringkat pertengahan dan kanan PKR dan sekutunya DAP mula serang menyerang menggunakan media sosial masing-masing.

Kedua-dua parti itu bergabung dengan PAN membentuk Pakatan Harapan yang dikatakan tiada harapan selepas pemimpinnya saling melondeh pekung masing-masing.

Apa saja yang terpendam dalam kain selama ini mula diselak-selak kerana tidak puas hati antara satu sama lain.

Ambil saja contoh kenyataan balas pemimpin PKR, Latheefa Koya terhadap status facebook Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Malaysiakini melaporkan Latheefa berkata PKR tidak boleh terus bersetuju dengan segala permintaan rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Mengenai kebocoran maklumat kepada media berkenaan pilihan raya mengejut Pulau Pinang, anggota jawatankuasa pusat PKR turut mempersoalkan individu pertama yang mengumumkan perkara tersebut.

"Atau sekejap... siapa yang secara bersendirian umumkan terkuburnya Pakatan Rakyat?

"Atau sekejap... siapa yang umumkan pembentukan Pakatan Harapan - kepada semua media sebelum keputusan muktamad?

"Jangan lucutkan semua terlebih dahulu dan kemudian mengadu ditinggalkan telanjang,"

“Jangan menjerit terjun dan kemudian mengharapkan kami menjelaskan berapa tinggi,” katanya dalam catatan Facebooknya.

Terdahulu, Pua melahirkan rasa kesal dengan rakan-rakan yang gagal bersama seperti yang dijangkakan.

"Kadang-kadang, kita tertanya-tanya, apa jenis rakan yang kita ada. Apabila mereka dalam krisis, kita ke hulu dan ke hilir menyokong mereka ke hulu, tanpa mengira apa yang bakal berlaku.

"Tetapi apabila tiba masa kita perlukan sokongan, mereka bocorkan segala-galanya terlebih dahulu kepada media, meninggalkan kita dalam keadaan telanjang sepenuhnya.

"Ataupun mengumumkan kepada dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana