PRN: Sesi berbalas kenyataan antara pemimpin DAP-PKR semakin hangat...Padan Mukanya

SHAH ALAM: Sesi berbalas kenyataan di antara pemimpin PKR dan DAP berhubung cadangan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut di Pulau Pinang nampaknya semakin menjadi-jadi.

Terbaru, Pengarah Pendidikan Politik DAPSY, Chiong Yoke Kong pula tampil membidas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya yang sebelum itu berbalah dengan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

"Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas," kata Chiong dalam satu kenyataan.

Chiong dalam kenyataannya menafikan dakwaan Latheefa yang menuduh DAP membuat pengumuman unilateral tentang cadangan mengadakan pilihan raya negeri mengejut di Pulau Pinang.

"DAP tidak pernah mengumumkan pilihan raya mengejut secara sebelah pihak, malah ada sesetengah pihak yang bimbang untuk menghadapi pilihan raya telah membocorkan berita tersebut kepada media," jelasnya.

Malah dakwaan Latheefa yang menuduh DAP mengambil keputusan bersendirian mengumumkan pembubaran Pakatan Rakyat dan pembentukan Pakatan Harapan, turut disangkal beliau.

Sebaliknya jelas Chiong, PAS yang membatalkan kerjasama politik dengan DAP ketika Muktamar Dewan Ulama parti itu pada tahun lalu.

Sebelum itu, DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"DAP hanya terpaksa menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak kekal lagi dan ini tidak sama dengan pembubaran Pakatan Rakyat secara sebelah pihak.

"Tanpa penyertaan PKR, Pakatan Harapan tidak mungkin dibentuk dan berita pembentukan tidak mungkin akan diumumkan.

"Sedangkan pelancaran Pakatan Harapan di Shah Alam pada 9 Januari lalu dirasmikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

"Adakah Latheefa Koya tidak memahami logik mudah sebegini?" soalnya sambil meminta Latheefa mendapatkan fakta yang betul sebelum melakukan 'serangan'.

Latheefa sebelum itu menyindir DAP selepas Pua meluahkan kekecewaannya dan pada masa sama bertindak menyindir rakan politik yang tidak membantu di kala DAP memerlukan sokongan.

Latheefa mendakwa DAP sering bertindak secara sendirian termasuk dalam isu PRN, pembubaran Pakatan Rakyat dan penubuhan Pakatan Harapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana