PRN P.Pinang: UMNO tumpu 15 kerusi, Gerakan 13 dari 40 DUN

Jika pilihanraya negeri di Pulau Pinang tidak boleh dielakkan lagi... UMNO dan Gerakan masing-masing sudah set untuk berjuang habis-habisan dan mana tahu tuah memihak mereka kali ini.

UMNO memberi tumpuan kepada 15 kerusi manakala Gerakan yang merupakan parti Pulau Pinang memberi tumpuan kepada 13 kerusi tradisi mereka.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusin DUN yang mana  DAP menang 19 kerusi, selain 10 PKR, 10 kerusi BN satu DUN dimenangi PAS dalam pilihanraya umum lalu.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata beliau sudah mengarahkan jentera Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri menggerakkan jentera pilihan raya mulai sekarang.

"Kemungkinan besar PRN Pulau Pinang diadakan secara mengejut sebagai strategi menyelamatkan kedudukan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng).

"Pemuda UMNO dan BN bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa," katanya.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kong berkata Gerakan yakin dapat mencatat keputusan lebih baik berbanding pilihan raya lepas kerana parti itu banyak membangkitkan pelbagai isu berhubung kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Sebelum ini, Naib Pengerusi Gerakan negeri Oh Tong Keong berkata parti itu akan bertanding di Batu Lancang, Sungai Pinang, Datuk Keramat, Padang Kota, Air Itam, Kebun Bunga, Pulau Tikus, Tanjung Bungah, Batu Uban, Pantai Jerjak, Bukit Tengah, Macang Bubuk dan Tambun jika pilihan raya mengejut itu diadakan.

Kawasan berkenaan adalah kerusi tradisi Gerakan pada pilihan raya sebelum ini, namun, Mah berkata kemungkinan ada perubahan jika parti komponen lain Barisan Nasional (BN) mahu bertukar kerusi.

"Kami akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu jika ia (pilihan raya mengejut) diadakan," katanya.

Mah, bagaimanapun enggan mendedahkan calon potensi Gerakan itu buat masa ini.

Keputusan berhubung pengagihan kerusi itu dibuat selepas mesyuarat tergempar parti berkenaan di ibu pejabat Gerakan negeri di Jalan Macalister semalam.

Sebelum ini, Guan Eng berkata kerajaan DAP negeri ini bersedia mengadakan pilihan raya negeri selepas mendapat isyarat daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana