PKR adakan mesyuarat khas PRN Selas kerana DAP Terdesak Sangat Nak PRN

GEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, Selasa ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Pengerusi I PKR Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon, ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri di sini, sebentar tadi, lapor BH Online.

Mohd Rashid, berkata mesyuarat khas itu akan diadakan serentak dengan Mesyuarat Biro Politik PKR di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

"Perkara yang akan dibangkitkan dalam mesyuarat berkenaan ialah hasrat PKR bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya mengejut ini.

"Selain itu, parti juga akan membincangkan isu utama yang menyebabkan PKR meminta PRN ditangguhkan, iaitu membabitkan isu pembahagian kerusi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana