Pilihanraya mengejut Pulau Pinang: Cuba teka…jadi ke tak?

Walaupun Lim Guan Eng cuba berselidung disebalik alasan konon nak selamatkan negara dari segala macam cacamarba BN namun satu dunia sedia maklum mengapa beliau dan DAP terkinja-kinja nak adakan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang.

Mari kita ramai ramai tanya Ketua Menteri Pulau Pinang itu pernah tidak dengar DAP ada cadang nak adakan pilihanraya itu sebelum beliau kena cekup dan dihadapkan ke mahkamah kerana kes rasuah dan salahguna kuasa pada 30 Jun lalu.

Guan Eng tak perlu nak buat ‘muka seposen’ atau orang Penang kata ‘muka welfare’…kerana jawapan yang terbentang di depan mata ialah TIDAK.

Agar tidak timbul prasangka buruk kononnya kita sengaja nak persenda Setiausaha Agung DAP yang selalu cakap tentang amanah,intregriti dan ketelusan itu cuba dengar sendiri apa yang Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali cakap pada hari Ahad.

Ketika ditemui wartawan di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu bekas Setiausaha Agung PAS itu kata cadangan untuk mengadakan pilihan raya negeri cuma dibuat selepas kes mahkamah Guan Eng.


Kita tahu Mustapha dan PAS kini musuh ketat DAP.Namun apa yang dicakapnya adalah fakta.

Sebab itu Guan Eng tidak perlu nak melompat jika satu dunia kata pilihanraya itu semata-mata untuk ‘tunjuk power’ kaburkan pandangan orang pada kes mahkamahnya.

Pokok pangkalnya sebesar mana sekalipun DAP menang balik Pulau Pinang menerusi pilihanraya mengejut itu ia bukan lesen yang boleh minta batal kes yang melibatkan belian banglonya dan tukar syarat tanah.

Ramai pemerhati politik melihat Guan Eng dan DAP sudah mati kaki dan desperado lebih-lebih lagi mengenangkan bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo yang berdepan kes hampir sama kena penjara setahun.

Sebab itu kita tidak perlu merasa hairan sangat membaca berita kebelakangan ini beliau cuba main sentimen kata pasti akan masuk penjara.

Di celah drama ini,Guan Eng dan DAP nampaknya memang sudah set nak adakan pilihanraya mengejut itu.

Cuma soalan terkini yang menjadi tandatanya... ramai jadi ke tidak?

Kalau ikut firasat Mustapha Ali beliau tidak yakin kerajaan DAP dapat mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Beliau berkata berdasarkan analisis dan maklumat, pilihan raya negeri itu  tidak mungkin berlaku kerana tiadanya kesepakatan dalam kalangan kepimpinan DAP dan Pakatan Harapan.

"Kepimpinan dalam Pakatan Harapan tidak bulat untuk adakan pilihan raya. Jadi, walaupun ada desas desus mengenai PRN, PAS tidak yakin ia akan diadakan,”katanya.

Hakikatnya tanpa ‘lampu hijau’ dari PKR dan PAN hajat DAP itu memang akan terbarai.

Malah Guan Eng sendiri sudah cakap pilihanraya mengejut itu cuma dapat diadakan jika ada persetujuan bersama DAP-PKR-PAN yakni konsensus.

Maknanya salah satu tidak setuju pun tidak boleh…semua kena setuju.

Mereka yang faham sangat tentang rentak politik Pakatan Harapan dapat ‘baca’ dengan jelas PKR dan PAN ‘ kurang minat’ pada cadangan DAP hendak adakan pilihanraya mengejut itu.

Jarang kita dapat lihat PKR dan PAN nampak cukup liat dan tertangguh tangguh nak buat keputusan seperti keatas cadangan DAP kali ini.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail Sabtu kata partinya perlu lebih waktu untuk bincang-bincang pasal pilihanraya mengejut itu.

Sebelum ini Rabu lalu,Timbalan Presiden PKr Azmin Ali,Naib Presiden Nurul Izzah dan Pengarah Pilihanraya PKR Saifuddin Nasution terbang ke Pulau Pinang untuk bincang dengan Guan Eng.

PAN pula sehingga mesyuaratnya di Sungai Besar, Ahad belum dapat membuat keputusan.Mat Sabu kata mereka akan bincang lagi pada mesyuarat di ibupejabat parti itu di Selayang Isnin.

Ini jelas membayangkan dilema besar yang dihadapi oleh PKR dan PAN dalam nak melayan kehendak DAP.

Ikut cerita orang dalam PKR dan PAN cukup  gabra untuk mengharungi satu pilihanraya mengejut  apalagi melibatkan sebuah negeri tanpa PAS seperti dulu.

Bukan rahsia lagi sebelum ini PKR memang banyak bergantung kepada jentera PAS baik semasa pilihanraya ataupun penganjuran acara dan ceramah.

Berbeza dengan DAP yang cukup yakin akan dapat sokongan pengundi Cina di Pulau Pinang,PKR dan PAN masih menghitung sokongan.

Sudah pasti PKR tidak mahu tanggong malu jika undi mereka merosot berbanding pilihanraya umum lalu.PAN pula sekalipun baru wujud pasti berkongsi kebimbangan sama.

PAS seperti kata presidennya Datuk Seri Haji Hadi Awang sudah set untuk bertanding secara bersendirian jika pilihanraya mengejut Pulau Pinang diadakan.

Di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sekarang DAP ada 19 kerusi ,PKR 10,PAS 1 dan BN 10.

Sekalipun PAS kini cuma ada kerusi Permatang Pasir  dari 40 kerusi Dewan Undangan Negeri  namun pada pilihanraya umum lalu sokongan penyokongnya di kawasan pilihanraya lain menjadi salah satu faktor kemenangan calon PKR.

Berdasarkan pengalaman dari pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar,pertandingan tiga penjuru antara BN-PKR ( atau PAN) -PAS sudah tentunya membuatnya merasa tidak sedap badan.

Pakatan Amanah akan mengadakan mesyuarat pimpinannya Selasa ini untuk membuat keputusan yang semua orang tunggu nak dengar.

Melihat senario ini cuba teka apa agaknya keputusan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana