Perghhhhh!!!! Tindakan Jabatan Kehakiman AS Ke Atas 1MDB Didalangi Dr Mahathir?

Wang yang dikatakan disonglap dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebenarnya hanya dimaklumkan telah disonglap tetapi ia sebetulnya masih belum dapat dipastikan selagi siasatan tidak dijalankan.

Ia kerana tindakan sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) hanyalah permohonan awal untuk merampas aset yang dimaklumkan oleh pengadu awam ada kaitan dengan 1MDB sebelum siasatan boleh dilakukan.

Orang ramai perlu ingat bahawa, apa yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS adalah satu tindakan sivil dan bukan melibatkan siasatan jenayah ke atas mana-mana pihak.

Tuduhan kumpulan anti-kerajaan yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam isu ini adalah tidak benar kerana menurut Peguam Negara AS Loretta Lynch, nama beliau tidak dinamakan langsung di dalam kertas siasatan itu.

Nampaknya, ada sebab yang kuat untuk percaya bahawa tindakan terbaru ini yang dilakukan oleh AS adalah angkara Tun Dr Mahathir Mohamad yang begitu mahu menjatuhkan Najib pada masa samaa mengalih tumpuan daripada isu pendakwaan rasuah Lim Guan Eng.

Dalam kes Ketua Menteri Pulau Pinang itu, dia dituduh terlibat dalam rasuah dalam pembelian sebuah banglo di Georgetown dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran.

Dalam kalangan puak mereka sendiri, nama pemimpin DAP itu langsung tidak dikritik biarpun pendakwaan itu nampak kukuh dengan bukti dan diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Mohammad Apandi Ali sendiri.

Kalau diperhatikan, pada masa sama selepas sidang media oleh Lynch diketahui di Malaysia, Dr Mahathir dengan pantas juga mengadakan sidang media dengan menghasut orang ramai bahawa Najiblah yang disiasat oleh Jabatan Kehakiman AS.

Dalam kes ini, kumpulan yang tidak sukakan Najib ini bukan mempengaruhi AS tetapi mereka hanya membuat aduan dengan butiran berkaitan dan dakwaan kononnya ada wang 1MDB sudah disonglap dan aset-aset berkenaan perlu dirampas.

Syarikat 1MDB sendiri sudah membuat kenyataan bahawa mereka tidak mempunyai aset di AS ataupun mendapat manfaat dari apa-apa transaksi berkaitan dalam kes ini.

SUMBER
– PRU14.tv...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana