'Perang' belakang tabir PKR-DAP…dedah pekong cadangan pilihanraya mengejut Pulau Pinang

Entahlah…ada yang kata ia mungkin satu drama saja antara PKR dan DAP.Siapa tahu akhirnya nanti PKR terpaksa tunduk juga kepada DAP seperti PAN yang sudah kata OK pada hajat hendak adakan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang.



Apapun ambil kira perbezaan pendapat secara terbuka mengenai isu pilihanraya mengejut ini yang terus berlarutan antara dua parti utama Pakatan harapan jelas memaparkan ada yang tidak beres antara mereka.



Ramai pemerhati yang menilai keputusan mesyuarat pimpinan PKR Selasa malam bahawa ia ‘belum diyakinkan’ tentang keperluan adakan pilihanraya mengejut itu sebenarnya adalah jawapan dalam bahasa amat lembut MENOLAK cadangan DAP itu.



Mereka yang faham tentang rentak mainan politik Pakatan Harapan mendakwa jarang sangat kita boleh lihat mereka berlaga pendapat mengenai sesuatu ‘langkah besar’ seperti pilihanraya mengejut ini kecuali ada faktor-faktor yang serius.



Kecuali para penyokong tegar DAP yang sehati sejiwa dengan bos-bos mereka tidak sebar-sabar nak ‘tunjuk power’ cover kes mahkamah Guan Eng…tinjauan rambang di kalangan orang biasa di Pulau Pinang dapati ramai perlekeh hajat DAP kerana tidak nampak langsung keperluan itu.



Lagipun dari segi politiknya dengan 19 kerusi yang DAP ada dan 10 kerusi PKR berbanding 10 kerusi UMNO dan 1 PAS…kedudukan DAP sudah cukup mantap di negeri itu.



Bagi kebanyakan orang biasa satu pilihanraya mengejut waktu ini cuma buang masa dan buang duit.



Juga rata-rata merasakan kes mahkamah harus diselesaikan dan diadili di mahkamah.Undi di pilihanraya mengejut itu tidak dapat ‘bersihkan’ apa-apa kecuali untuk tujuan wayang persepsi saja.



Bukan rahsia lagi PKR tidak sedap badan nak berdepan pilihanraya mengejut ini tanpa geng dengan PAS seperti masa lalu.



Siapa yang tidak malu katakanlah PKR hilang salah satu atau dua dari 10 kerusi yang ada sekarang.Tidak pun undi mereka berkurangan.



Selepas kemenangan besar BN di Sarawak dan pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar ini sudah tentu lebih menconteng arang ke muka PKR.



Senang cakap…kalau PKR cukup yakin dengan kedudukannya pada hari pertama Lim Guan Eng umum nak buat pilihanraya mengejut awal-awal parti itu akan angkat tangan kata setuju.



Ini politik…DAP mungkin buat perkiraan sendiri dan PKR pula terpaksa fikir periuk nasinya juga.



Apa yang agak mencuri perhatian sekarang selain keputusan pimpinan PKR ‘belum diyakinkan’ dengan keperluan pilihanraya mengejut itu ialah ‘perang’ di belakang tabir antara dua jurucakap PKR dan DAP.



Dalam politik biasanya kita perlu mengintai bukan saja diatas tetapi apa yang sedang mengelegak di bawah.



Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dan Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP Syerleena Abdul Rashid tengah berbalas kenyataan pasal cadangan pilihanraya mengejut itu.



Juga biasanya dalam parti politik…jarang pegawai parti yang jadi jurucakap berani senang-senang nak buat kenyataan tanpa ‘kelulusan’ bos-bos diatas.



Nama pun jurucakap.Jadi tukang cakap bagi pihak.



Ini gara-gara lanjutan dari kenyataan Guan Eng yang nak gambarkan DAP sebelum ini relaks saja dan tak banyak cakap terima langkah PKR nak buat pilihanraya kecil di Kajang,Permatang Pauh dan Penanti dulu.



Setiausaha Agung DAP itu dipercayai nak lepas geram pada tindak tanduk PKR liat sangat nak terima cadangannya buat pilihanraya mengejut di Pulau Pinang.



Fahmi dalam kenyataanya Isnin antara lain beri alasan pilihanraya kecil PKR itu cuma pilihanraya ‘satu kerusi’ dan bukan melibatkan sebuah negeri seperti yang kini dicadang oleh DAP.



Beliau juga dakwa PKR ada bincang dulu dengan DAP sebelum buat keputusan pasal pilihanraya-pilihanraya kecil berkenaan.



Katanya pilihanraya kecil di Permatang Pauh pada 2008 dan 2015 berkisar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ( yakni selepas dibebaskan dari penjara pada 2008 dan masuk penjara kerana kes liwat 2015) .

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana