Pemuda UMNO dakwa Abu Kassim…Zeti...Gani konspirasi jatuhkan PM

Ini tentu satu perkembangan yang agak mengejutkan sekalipun sebelum ini sudah berlegar desas desus kononnya ada tokoh-tokoh terkenal  didakwa terlibat dalam usaha jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

Pemuda UMNO Malaysia menerusi Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun petang Selasa telah membuat laporan polis mendakwa  tiga individu berpengaruh  terlibat dalam usaha itu.

Dalam laporan polis di Balai Danf Wangi Kuala Lumpur beliau menyebut mereka ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dakwa beliau mereka mereka dipercayai memberikan maklumat sulit berkenaan kepada pihak asing tanpa kelulusan sah oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.

Menurut laporan polisnya mereka secara perseorangan atau kumpulan terbabit, memberi maklumat dan dokumen sulit kepada agensi di Amerika Syarikat, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Dakwa Khairul Azwan lagi maklumat dan dokumen sulit yang diberikan mereka itu sebahagian besar sudah direka, dipalsukan dan diputar belit untuk mencapai tujuan jahat.

Beliau meminta polis siasat segara laporan berkenaan.

Khairul Azwan enggan beritahu dokumen apa yang telah diberikan kepada pihak asing seperti didakwanya.

Katanya beliau hanya akan berkongsi maklumat itu dengan menteri yang berkenaan sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana