Panasss Ni!!!! Apa muslihat Azmin kata Amanah mengemis kerusi exco?

 Kerukunan dalam Pakatan Harapan (PH) masih jauh dari kenyataan. Sindir menyindir dan kritik mengkritik masih menjadi sulaman dalam hubungan PKR, DAP dan Amanah.

Mutakhir sekali, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali agak lancang menafsirkan kenyataan Timbalan Pengerusi Amanah Selangor, Saari Sungib sebagai “mengemis jawatan exco” negeri itu.

Ini gara-gara  kenyataan Saari bahawa Azmin perlu menjelaskan mengapa beliau mengamalkan budaya berbahaya iaitu permainan 'politik istana' dengan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.

Kerajaan negeri Selangor masih dianggotai wakil PKR, DAP dan PAS walaupun Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu dan digantikan PH yang tidak dianggotai oleh PAS.

PAS mempunyai tiga ahli exco bersandarkan hakikat bahawa ia masih menjalin tahaluf siyasi dengan PKR yang mahu semangat dan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13,  dikekalkan.

Saari dilaporkan membuat teguran berhubung gelagat ‘politik istana’ Azmin itu dalam satu forum yang dianjurkan Gerakbudaya di Petaling Jaya, malam Ahad lalu.

ADUN Hulu Klang itu menegaskan bahawa Azmin perlu menggugurkan PAS daripada pentadbiran negeri Selangor kerana “parti itu tidak lagi boleh diperbaiki”.


Reaksi Azmin dalam catatan twitternya membenarkan kenyataan Setiausaha politiknya sendiri, Suhaimi Shafie, bahawa PH masih dibelit ego pemimpin-pemimpinnya yang sering bersilang pandangan dalam politik.

Suhaimi berkata, ego dan perbezaan pendapat adalah kelemahan terbesar pembangkang dalam mengukuhkan hubungan antara mereka jika mahu terus mentadbir Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Katanya PH perlu mengambil iktibar keputusan Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagi membentuk penggabungan yang menguntungkan.

Jelasnya, percakaran di antara pembangkang khususnya PAS, DAP dan Amanah hanya merugikan gabungan pembangkang dan menyukarkan idea penggabungan parti-parti pembangkang.

"Hentikan pandangan yang boleh menyentuh sensitiviti dalam parti pembangkang lain. Elakkan daripada mengeluarkan idea yang menyulitkan keadaan dan kontroversi yang tidak perlu,’ kata Suhaimi.

Sebaliknya, sebagai anggota PH, cara Amanah menyerang PAS, sebuah lagi parti pembangkang, banyak kalanya menyumbang pada ketegangan dalam blok itu.

Ketika Saari membuat kenyataan bahawa PAS “sudah tidak boleh diperbaiki lagi”, presiden Amanah, Mohamad Sabu menyindir bahawa PAS kini adalah “tongkat” musuh PH, iaitu Umno.

Beliau tidak menyebut PAS secara terbuka namun gambaran yang diberi mengenai parti yang dimaksudkan agak jelas.

"Kamu (wartawan) boleh buat anggapan sendiri (parti mana) yang menyokong Datuk Seri Najib (Tun Razak) sekarang," katanya selepas Majlis Makan Malam DAP Selangor untuk Solidariti terhadap Lim Guan Eng, hujung minggu lalu.

"Umno (dulu) kuat kerana MCA dan MIC. Sekarang MIC dan MCA tiang dah patah, sepatutnya Umno rebah tetapi ada orang (parti) Melayu lain yang datang menongkat Umno sekarang," tambah bekas timbalan presiden PAS itu.

Pemimpin-pemimpin Amanah sebelum ini juga menuduh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ‘mesra Umno’.

Sebaliknya Hadi dan pimpinan PAS menyifatkan Amanah sebagai pengacau dalam pembangkang yang hanya mahu menjatuhkan PAS dan menjadi “tali barut DAP”.

Justeru, Mat Sabu pula menegaskan bahawa menjadi keperluan bagi Amanah dan PH 'mematahkan' tongkat Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.

Amanah, parti serpihan PAS yang ditubuhkan tahun lalu setakat ini tewas di semua kerusi yang ditandingi pada PRN Sarawak dan PRK parlimen Sungai Besar serta Kuala Kangsar.

Namun dengan catatan Twitter Azmin Ali, perhubungan tiga parti dominasi Melayu dalam PH – PAS, PKR dan Amanah – semakin panas dan meruncing.

Di satu sisi, catatan Azmin yang menganggap Saari Sungib bekas ahli dewan undangan negeri PAS itu mahu “mengemis jawatan exco Selangor” bolehlah dianggap kasar.

Walhal Saari sanggup bermufarakah dari PAS dua tahun lalu demi menyokong inisiatif PKR memecat menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang akhirnya membolehkan Azmin menduduki kerusi itu.

Mungkin Azmin marah atau tersinggung apabila ditegur Saari kerana dikatakan bermain “politik istana” demi  membuktikan beliau mampu menyatupadukan parti-parti politik Melayu pada pihak istana.

Atau, mungkinkah Azmin sekadar mahu mengambil hati PAS demi mendapat sokongannya jika Lim Guan Eng benar-benar membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi mengizinkan pilihanraya negeri dilangsungkan?

Mungkinkah Azmin sedar bahawa meskipun PKR mempunyai 10 kerusi DUN Pulau Pinang tetapi kejayaan pada PRU 13 itu diraih hasil sokongan kuat akar umbi PAS yang sebelum ini menganggotai Pakatan Rakyat.

Haji Abdul Hadi sudahpun mengeluarkan amaran bahawa PAS akan meletakkan calon di semua kerusi jika PRN Pulau Pinang berlaku. Ini bererti PKR mungkin menghadapi pertandingan tiga penjuru – PKR, PAS dan Umno.

Azmin mungkin khuatir jika itu berlaku, pihak paling rugi dalam PRN berkenaan ialah PKR.

Justeru dengan “merendahkan sedikit” taraf Saari dan Amanah sebagai mahu “mengemis’ kerudi exco, Azmin mungkin berharap ia boleh menjadi dalil pada PAS bahawa “PAS masih dekat di hatinya”.

Semoga PAS berlembut hati tidak memecah undi PKR di Pulau Pinang dan mengizinkan Umno menang besar yang akhirnya akan “merendahkan” lagi martabatnya di mata DAP dan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana