Nak satu lawan satu dengan BN... PAS kata bubarkan PAN...Habis BUBAR PAN Bererti Boleh Jadi Sekutu DAP Balik Kah?

Pelik lah Tuan Ibrahim ini cakapnya....bererti suruh bubar PAN baru lah nak bersatu dengan PKR dan DAP?Jangan cakap berbelit belit Tuan Ibrahim...Admin rasanya baik kau tinggalkan PAS lagi baik Masuk PAN.Bercakap melebihi PRESIDEN PAS plak.

PAS meletakkan syarat kepada DAP dan PKR bahawa pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hanya akan menjadi kenyataan jika sekiranya Parti Amanah Negara (PAN) dibubarkan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAN perlu 'dihilangkan' bagi memberi laluan kepada satu lawan satu dengan BN.

Beliau berpendapat, hanya dalam keadaan tersebut, pembangkang berpeluang untuk menumpaskan (BN).

"Dalam keadaan ini (ketiadaan PAN), soal pengagihan kerusi akan menjadi mudah. Mereka (PAN) boleh memasuki PKR, DAP atau kembali ke PAS.

"Jika mereka memasuki PKR, maka kami akan menjadi rakan pakatan, bukan lagi musuh," katanya kepada Sinchew Daily.

Tuan Ibrahim mengulangi kenyataannya bahawa PAS akan 'membalas' di kawasan Pakatan Harapan yang lain jika PAN bertanding di kerusi PAS.

Katanya, PAS bagaimanapun tidak akan 'mengacau' jika PAN bertanding di kerusi yang diberikan DAP kepada parti tersebut.

"DAP mungkin mengosongkan satu atau dua keusi kepada PAN, PAN juga mungkin menang melalui sokongan pengundi Cina.

"Pengundi Melayu bagaimanapun tidak akan menyokong PAN. Ingin saya tanya sejauh mana PAN boleh mara ke depan," katanya.

Tegasnya, PAN akan kecundang jika bertanding di kawasan Melayu dan parti pembangkang juga akan gagal untuk mengambil alih Putrajaya.

PAN ditubuhkan selepas sekumpulan pemimpin PAS pro DAP tewas dalam pemilihan parti itu pada 2015.

Mereka diketuai bekas Timbalan Presiden PAS  Mohamad Sabu keluar beramai-ramai dan membentuk parti baru iaitu PAN dan menjadi sekutu DAP serta PKR dalam Pakatan Harapan.

Namun tidak seperti PAS, PAN yang belum setahun ditubuhkan tidak mempunyai akar umbi dan bergantung kepada sokongan dari penyokong Pakatan Harapan semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana