MUHYIDDIN BAKAL JADI KETUA UMUM IKATAN?

Benarkah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah menyertai  Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)? Ini kerana sejak semalam tersebar dalam media sosial, kenyataan yang dikatakan daripada  Presiden Ikatan, Datuk Seri Kadir Sheikh Fadzir yang mengalu-alukan penyertaan Muhyiddin dan Mukhriz ke dalam parti itu.

Jika ia benar mungkinkah selepas ini kita akan menyaksikan Muhyiddin dilantik sebagai ketua umum manakala Mukhriz pula menjadi timbalan ketua umum Ikatan?

Jawatan ketua umum lebih sesuai memandangkan Ikatan sudah mempunyai presiden iaitu Kadir. Pada masa sama lebih senang bagi Muhyiddin untuk menyertai Ikatan atau pun jika beliau tidak mahu menjadi ahlinya, Muhyiddin masih boleh menjalinkan kerjasama.

Untuk menjadi ketua umum, tidak memerlukan beliau menjadi ahli.

Menjalinkan kerjasama atau menyertai Ikatan adalah lebih mudah kepada Muhyiddin daripada menubuhkan parti baru kerana siapa yang mahu mengikut beliau menyertai parti baru itu?

Adakah golongan muda? Sudah tentu golongan muda tidak akan mengikutnya kerana mereka mempunyai parti alternatif yang lain. Selain itu parti yang baru ditubuhkan tidak akan memberikan impak yang besar kerana tiada trek rekod untuk dijadikan sebagai sandaran kejayaan.

Begitu juga dengan Ikatan. Meskipun ia mengumumkan menjalin ikatan dengan PAS namun hala tujuanya masih belum jelas. Ini kerana Kadir sendiri pernah menyatakan bahawa Ikatan adalah sebuah parti yang berasaskan isu sahaja tetapi tidak bermatlamatkan pilihan raya.

Apapun Muhyiddin tidak akan memberikan saingan kepada UMNO. Bak kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai Muhyiddin: “Sekiranya dia baik, dia akan tetap berada dalam Umno

Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat lepas membuat keputusan memecat Muhyiddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti dan bekas menteri besar Kedah, Mukhriz.

Keputusan pemecatan itu dibuat kerana melanggar disiplin parti selepas kedua-dua pemimpin itu berada sepentas bersama pemimpin pembangkang dan menyerang kepimpinan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana