Mampukah Guan Eng Lepaskan Diri Kali Ini?

Memang kecoh pentas politik negara siang tadi ekoran tindakan SPRM yang menahan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng atas skandal banglo mewahnya di Jalan Pinhorn yang dikatakan telah dibeli di bawah paras harga sebenar.

Dilaporkan bahawa wanita yang menjual banglo berkenaan kepada Guan Eng turut ditahan pihak berkuasa. Dikatakan wanita itu ditahan membabitkan kes yang sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Maka gegak gempitalah pemimpin DAP, PKR dan PAN mengenai ‘nasib’ dan karier politik anak Lim Kit Siang itu. Ada yang mengatakan ia adalah krisis politik. Ada yang menegaskan bahawa mereka teguh berada di belakang Guan Eng.

Pada pandangan penulis, insiden penahanan Guan Eng itu adalah sesuatu yang biasa berlaku di dalam sebuah negara yang mempunyai undang-undang dan serius memerangi gejala rasuah. Ia sesuatu yang tidak perlu digembar-gemburkan sangat pun pada hakikatnya.

Kadang-kala, memang benar berlaku penjualan harta di bawah harga pasaran. Supermarket pun ada tawarkan diskaun yang hebat. Seorang abang yang mahu menjual rumah pun kadang kala menawarkan harga yang rendah kepada adiknya. Itu biasalah.

Namun bila membabitkan seorang ahli politik yang memegang jawatan nombor satu seperti Guan Eng, maka tidak hairan ia mungkin disabitkan dengan isu ‘conflict of interest’. Perkara yang hampir sama berlaku terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohammad Khir Toyo. Cuma kes Dr Khir dikatakan tidaklah seberat kes Guan Eng…

Pada pandangan penulis, sebelum Hakim Mahkamah Persekutuan tidak membuat keputusan, maka Guan Eng masih tidak bersalah. Kenapa Mahkamah Persekutuan?

Kerana penulis yakin sekiranya keputusan mahkamah di peringkat bawah tidak memuaskan hati Pakatan Harapan, mereka akan terus merayu ke mahkamah tertinggi negara itu. Itu perkara biasa yang mereka amalkan.

Jadi, kes Guan Eng ini mungkin akan memakan masa yang agak panjang untuk dibicarakan. Mungkin setahun dan lebih dari setahun. Mungkin ada peguam yang akan tiba-tiba sakit dan mungkin ada pengawal keselamatan mahkamah yang hendak ditukar DAP.

Mereka mungkin akan mencari seribu satu alasan mungkin akan dicipta untuk ‘membebaskan’ Guan Eng buat sementara waktu. Jika perlu, mungkin mereka akan membuat ‘deklarasi’ untuk dibawa mengadap Yang DiPertuan Agong untuk ‘menyelamatkan’ Guan Eng.

Undang-undang di negara kita mengamalkan konsep ‘tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah’. Jika hendak disabitkan kesalahan pula, maka ia perlulah ‘beyond reasonable doubt’, di mana ia memerlukan bukti yang sangat kukuh untuk menyumbat seseorang itu ke dalam penjara.

Selain itu, Pakatan Harapan sememangnya terkenal dengan barisan peguam yang handal-handal dalam memanipulasi kes. Sedikit kesilapan kecil dari kem pendakwaraya mampu membuat Guan Eng melompat gembira terlepas dari tuduhan.

Soalnya, mampukah Guan Eng melepaskan diri menerusi skandal ‘bukan rahsia’ ini? Hebat sangatkah barisan peguamnya berbanding peguam Dr Khir? Akan tertegakkah keadilan dalam kes ini? Berapa tahun agaknya? Bakal disatukan dalam sel VVIP di Penjara Sungai Buloh? Kita tunggu saja keputusan Istana Kehakiman…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana